lately.. rasa nak asah balik bakat2 yang ada, and "teringin" nak makan pun satu masalah.. asyik nak makan ja skang.. selera besor..
alang-alang dah ada pasar malam, singgah la jap cari ikan..kebetulan ada ikan pari.. so on la masak hari ni.. apa-apa pun, layan nikita dulu ya bu'..
masak ikan pari ni takde la susah sangat kan, tak perlu siang-siang lagi dah..potong ja kecik2 and cuci bersih-bersih, aku rendam ngan air asam jawa dulu coz aku tak boleh makan lau bau hanyir!!! sendiri buat pun tak boleh makan maa lau ada bauuuu...
bahan-bahanya ialah:
- 2 keping ikan pari
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 10 biji bendi
- garam dan gula secukup rasa
- lada hitam
- 2 biji tomato (saja jer letak)
- sedikit minyak utk menumis
- air asam jawa
bahan dikisar
- 15 - 20 biji cili kering
- 5 ulas bawang merah (nak lg pekat letak lg banyak bawang)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci hali
- sedikit belacan
jom masak
- panaskan minyak, and tumis bahan-bahan yang telah dikisar.. tumis sampai betul2 masak bahan-bahan tu, sampai terpercik kat dapur lah senang cakap.. pastu masukan lada hitam..
- masukkan daun kesum, bunga kantan, and ikan.. kacau-kacau sekejap, pastu masukan air asam jawa.. lau nak cair, masuk la banyak2.. asam jawa tu agak2 la ya, jangan masam sangat lak, kot tak boleh nak makan lak kan..
- bila dah mendidik lama tu, masukkan bendi and tomato.. tak nak masuk awal2 kot lembik lak kan.. tak sedap la nak makan.. letak garam and gula serasa yang dikehendaki and biarkan mendidih.. siapp.. senang kan.. sesenang A B C..hehehe...
nyum-nyummm... |
*** asam pedas lagi sedap dimakan selepas 3 - 4 jam selepas dimasak..
No comments:
Post a Comment