Tuesday, December 15, 2009

Mesyuarat PLPA UiTM Sabah

1st time kena handle program, cuak juga.. namun apakan daya kan, arahan.. terima kasih kepada C. ah yang banyak membantu aku.. nak organise meeting kat Sabah lak tu. susah juga la kan.. apa pun, terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama yang sangat cemerlang...
meetingnya sekejap ja, yang banyaknya jalan2 lah.. pusing2 sabah.. dalam masa yang sama nak tgk ciri-ciri hakisan la (kononnya).. 8 jam kami dalam bus untuk keliling sabah sahaja, sungkin baru separuh dari sabah.. bukan stakat pening dah lagi.. mmg nak muntah, nak apa semua ada dah.. penat giler!! hurmm.. lau lah ada lagi program cam ni, aku orang pertama yang menarik diri, terima kasih ja lah..
bercanda di sekitar bandar KK
seafood the best!!!
bersama penyelidik bersekutu

Wednesday, November 11, 2009

Bercanda di Pulau Pinang (9 - 11 November)

our team
assalamualaikumm..
arahan dari big boss, semua staff technical  International Research Centre on Disaster Prevention ke Penang. syok la semua pergi tapi yang tak syoknya kena wat keja la, hahaha.. kami kesana atas sebab2 tertentu...
sebab pertama adalah amik sampel tanah seluruh kawasan pulau pinang, perghhhh...mantop!!!
sebab kedua ada training whether station, yang ni syok sikit, hehehe...
layan ajalah arahan dari boss ni.. tapi boss, kami buat stakat termampu kami ja la na.. kepada team yang training, semoga banyak ilmu yang dapat ya.. kepada team yang amik sample, semoga selamat.. sbb kawasan yang sangat sibuk dengan kenderaan.. silap2 kita yang jadi sample nanti, hahaha..
awas!!!
korang rasa penang tu kecik ja kan, tp lau nak amik sample.. dah rasa penang ni besaq giler.. so.. kena la buat dua team.. team sal, syuk and nani and team aku, alip and en. ruzi.. satu lagi masalah amik sample kat penang ni, jalan cam ulaq kena katoq.. 1 lagi dia punya slope tepi jalan ja.. nak berhenti kenderaan tuk amik sample pun susah.. and sangat bahaya untuk amik sample tanah.. nak muntah weeiii, pening ngan jalan, pening ngan kenderaan lalu-lalang, pening ngan kepenatan.. kui 1 tak stop lagi beb, si Alip dah lembik kepenatan.. nak pusing auger pun dah tak larat.. tapi dia nak siapkan juga.. petang boleh rest!! nasib baik la petang semalam dah amik sikit.. lau tak.. mmg sampai petang la kita hari ni.. lepas tu, layan set bawal lah.. mmg cam kebulur semuanya..
nak kena blasah? hahaha...
melayan set bawal RM 6 (team soil sampling)
lommmpatttt!!
soil sampling dah siap, last day kami kat sini.. pagi2 buta dah kuar main pantai, apa nak jadi la ngan hampa ni, hehehe.. tapi best la kan.. cejukkk!!! org tak ramai, and matahari pun belum kuar, lau tak bukan sun burn sebab amik sample tanah, tapi sun burn sbb main pantai.. kepenatan dilupakan.. kita enjoy!!!!

Thursday, June 18, 2009

Pameran IMT-AREX (15 - 18 Jun)

bila dapat tahu yang aku kena jaga pameran kat Perlis, seronok la beb.. dapat outstation lagi, hehehe... lagi2 perlis, tempat aku study dulu.. kawasan yang paling aku suka.. ermm.. mungkin sbb tak sibuk cam Shah Alam, tak sibuk cam Johor.. aman damai rasanya.. bila lah aku dapat tukar ke UiTM Perlis ni, huhuhu.. ada org nak tukar tak?? takde.. takpe, keje tempat ni lah.. boleh salu outstation,hehehe...
team IRCDIP
amik ja, jgn malu-malu
korang kena kelentong apa tu?hahaha...
** sempat juga kami singgah Padang Besar, shopping kat sana, hehehe..

Thursday, June 11, 2009

tumpang glam!!!

suka la, kawan kami dah jadi suami isteri.. so..tahniah kepada Dg Hafizh and Dayah.. semoga bahagia2 selalu..hehehe.. semoga cepat2 dapat baby ya..
semua dah settle, cuma tolong2 mbah bagi door gift kat tetamu ja.. berlagak cam aku ni tuan rumah juga lah.. lau tak, nak buat apa lagi kan.. tetamu pun dah tak de, majlis pun dah hampir tamat so.. aku tumpang la glamer sikit.. posing2 ngan fresh flowers dayah ni.. bangga nya aku dia org leh wat majlis cam ni, tahniah to you all berdua..
jom berposing!!!

bersama nenek dayah, apasal aku nampak control ayu ja?

Thursday, January 22, 2009

Sekitar Cameron Hihgland

Sejak 6 bulan menyertai Pusat Penyelidikan Pencegahan Bencana Antarabangsa, merasakan tugas ini amat sukar dilakukan. Maklumlah..study benda lain, tiba2 kena keje berkenaan benda lain. namun begitu saya jadikan ia satu cabaran dalam hidup...
5Januari lepas ada kejadian tanah runtuh yang sangat dasyat berlaku dilaluan Cameron Highland - Gua Musang. Di arahkan ketempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat apa yang berlaku sebenarnya. Memandangkan pengetahuan yang sangat cetek, dan pengalaman yang sangat sedikit.. siapa sangka, dengan sedikit keberanian.. saya menyahut cabaran itu..
Dibelakang saya itu adalah kejadian tanah runtuh di Laluan Cameron Highland - Gua Musang, yang menyebabkan lebih dari separuh jalan telah musnah.. tanah ini telah tertolak sejauh hampir 200m.Ini adalah pertama kali dalam hidup saya melihat tragedi yang sangat dasyat secara dekat dan amat menakutkan..
Apa yang boleh saya katakan disini ialah, ini merupakan sedikit peringatan daripada ALLAH swt. Manusia di kawasan ini sangat taksub memusnahkan kejadian NYA, semua bukit-bukit hampir tidak kelihatan lagi. Pernahkah mereka-mereka ini terfikir mereka tidak akan dan tidak dapat kembalikan apa yang telah mereka hancurkan. Demi wang.. mereka sanggup meratah keindahan alam yang sepatutnya dijaga. Mengapa sanggup gadaikan nyawa demi kepentingan masing-masing. Adakah nyawa yang diamanahkan ini dapat dibeli oleh anda-anda semua? Fikirlah sejenak.. sama-sama lah kita jaga alam alam kita ini.
mendap sedalam 100m
batu-batu besar jatuh dari bukit, bergelimpangan di jalan raya