Saturday, December 11, 2010

team building

ermm..dapat ja surat utk hadir ke team building Fakulti Kejuruteraan Awam kat Impian Morib, aku dah cuak daa!! iya la.. 1st time nak join program dengan staff fakulti.. segan dah mmg sifatku.. lalalalalaaaa... takut yg tak tahannya.. tiba2 kena sama group dengan Professor ke, Doctor ke, giler ko tak takut.. tp dalam hati, suka juga.. dah lama tak kuar outstation.. yeahaaaa....
model gate Impian Morib
bersama kak Faridah
bila dah kat sana, ok ja pun.. takut tu sbb tak kenal org, dah kenal..alhamdulillah... mereka staf fakulti agak baik dan mesra alam jugak!! cuma ada seorg dua ja la yg terbawa2 dengan pangkat yg mereka ada. dah sampai tempat kursus tu, jgn la dok buat cam tempat cam tempat keje..lupakanlah dulu jawatan kita, kan fasilitator dah pesan.. apa daaa... bikin gua melaut la!!!
ada aja tanduk kat belakang tu..
jom main-main
malam kreative aku kena teruk beb, ada lak group aku kena wat persembahan bollywood..time dapat cabutan tu, nak luruh jantung aku.. dlm group aku, aku yg paling muda...kena buli la jawabnya..kecian kat diri ku, ahaksss.. sampai hati dia org suruh aku and sorang lecturer lelaki jd hero & heroin bollywood.. ala2 kajol & shah rukh khan.. nak tak nak, terpaksa beb..cam dah tak tahu nak letak muka kat mana daa time wat persembahan tu, malu gilerrrr!!! tp ok la kot..sbb that night aku tahu gak yg aku pandai menari..walaupun acara bebas (mereka sendiri).. at least aku berani buat..hahaha..
dengan adanya team building cam ni, eloklah utk kami yg staf baru join FKA.. dlm masa yg sama boleh berkenalan ngan staff lain.. itu lah yg org cakap, setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya :-) I like....
nice photo!!..

wahh..syokknya!!!

11 Disember 2010, aku and the geng attend majlis perkahwinan anak Boss.. dekat dePalma Hotel, kat seksyen 19.. gempak seihh dia punya majlisss... jakun gak la bila masuk dewan hari tu.. tak pernah attend majlis kahwin cam ni lah katakan, paling kuat pun kat dewan.. yg tu pun aku dah rasa gempak giler!!! banyak sungguh duit mereka ini, bila la aku nak kaya cam depa!!! insyaallah...
sebelum pengantin naik pelamin, sempat jugak la kami tumpang bergambar.. bila lagi nak merasa cam ni kan, layankan aja, malu tu tak yah cakap la, mmg ramai org kat dlm dewan tu..tp wat selambe je lah..lau nak buat utk majlis sendiri, aku rasa pak cik Noor tu fikir 10 kali, itu pun belum lepas agaknya!! hahaha...

geng aku ni, lau ada kamera..tak de benda lain yg nak buat daa..1st thing is bergambar..apa org nak kata pedulilah!! janji dpt bergambar..makan dah jadi no 2.. dah penat nanti baru kita fikir pasal makan..
apa2 pun, kita bergambar dulu..

jemput minum!!!



Sunday, December 5, 2010

kacang POOL

weekend lepas aku ada sampai JB..ziarah kawan2 disana... ada yg sakit, ada yg baru sembuh sakit.. ada juga yg cari penyakit, ahahaaa(ampun ya lau ada yg terasa)... sampai jer sana aku roger acid.. ermm... hari tu pun dia keje, tp nasib baik halfday jer.. ada gak org nak melayan aku gie jalan2 disana...thanks acid!!!
kacang pool a.k.a kuah

roti yg dibakar utk dicicah ngan kacang pool
so acid ada bawak aku gie satu tempat mkn kat Larkin..dekat balai bomba larkin, kat sana yg famousnya kata dia kacang Pool.. nama tempat tu KACANG POOL HAJI, tempat ni rancangan TV jalan2 cari makan pun dah sampi tau..
ekceli..mende apa pun aku tak tahu..tp dah sampai kan, acid suruh cuba..aku cuba jer la.. ermm...kepada sesiapa yg gemar benda2 cam ni, bolehla layan.. kat Jb jer menda ni ada kata dia..tp aku tak gemarr, sbb aku kureng mkn daging, lg2 yg berbau "lembu" sbb msk kacang pool tu dia ada letak daging.. at last, roti yg sepatutnya dicicah ngan kacang pool dicicah ngan ABC, hahaha...bila tgk Lynn ngan Pacat mkn, berselera and licinnnn..so aku kira ia mmg sedap la..kepada yg teringin merasa, sila la kunjung!!!

Wednesday, November 17, 2010

bila dan bosan dok Opiccc....

Mai nak tunjuk cara nak hilangkan cemuih keja...sengai2 badan...fedup tengok komputer....

1. Mola2...cari lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet...

2. Ambik ketaih, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan...

3. Lukih apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu...

4. Hasilnya.... .tadaaaaa. .... mcm kat bawah ni... kalau nak meriah lagi...boh lam frame....

5. Bleh gak guna menatang lain...contohnya lipaih, lipan, katak, belalang, kutu, riang2... nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka...

selamt mencuba!!!

acara papan anjal, ahaksss...
sila beratur yekkk...
diriku yg tinggi, dirimu yg pendek, ahahaaa....
tak tahu acara apa nih, layankan aja...
ditepi pantai yg indaahhhh...
acara pecut 200 M
acara berkuda..yeehhhaaaaaakk...
bersepah siottt...

Wednesday, November 10, 2010

Berdosakah aku BERCINTA?

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dan banyak lagi.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

CINTA dan ANUGERAH...
 

Thursday, November 4, 2010

Lawak Ganu (jgn amik hati)

Set-set ganu, tak soh amek ati ..gurau2 je..

 

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.

Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu
: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah
: Betul gok tu. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu
: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh lalu.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak
: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite leni ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

ERTI TANGISAN WANITA

Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"    



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: 

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." 
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!


Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.  Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik!!!




Monday, November 1, 2010

tomyam

lau cerita pasal makan, sy rasa better buat sendiri..itu pun lau tahu masak la..lagi paus hati makan..lau benda yg tak tahu dan mood malas yg sangat besar..hurmm layankan aja di restaurant..nasib la..tak sedap pun takpe la kan..sape suruh malas...
Kali ni sy masak tom yam..bg sy takde la sedap sangat..tapi ikut selera saya la kan..tp kawan2 kat opis cakap sedap,(hi..nak amik hati ceq ka mmg betui2 sedap ni?..hehehe)..tak kisah la yg tu..janji kita ikhlas nak bg org..lain2 serah pdNYA..
saya jadi minat makan tomyam ni semasa kerja kat jb..slalu lepak Restaurant Lokman dekat Skudai..dengan kawan2..terdetik dihati nak masak..so..hari demi hari..alhamdulillah..akhirnya terer gak masak tomyam..harap-harap ilmu yg ada skang..berkekalan, aminnn..  ini lah dia tomyam sy..masak ini bersempena buat makan-makan kat opis..organisernya pn. hani kita ler..alang-alang dah ada kesempatan..nak tunjuk bakat la sikit..I ni boleh juga masak mak oiii...
inilah dia rupa tomyam yg ceq masak, hehehe..
 ok lah..jom kita masak tomyam..bahan-bahan cam biasa ja..ikut selera..rasa nak makan tomyam seafood..beli la seafood..nak mkn tomyam ayam..jgn dok p beli daging la kan..mmg rasa lain la..

bawang besar
carrot

Brokoli
tgk sendiri lah..

saderi
tomato smile!

rencah..buat sendiri



masak tomyam ni senang ja dik oii..campak2 ja dalam periuk..tp nak campak kena ada cara juga..benda yg paling penting nak masak tomyam ni..rencah dia la..lau stakat guna rencah instant tu..mmg tak "urmm" la..
nak sedap buat sendiri...
bahan2 utk buat rencah sendiri:
  1. 3 sudu besar cili kering
  2. 1 sudu besar udang kering
  3. sedikit belacan
  4. 1 sudu besar asam jawa (tp ceq suka guna tomato yg dikisar)
  5. 10 ulas bawang merah or 1 biji bawang besar (warna kuning)
  6. 5 ulas bawang putih
  7. 1 sudu besar gula 
  8. sedikit garam (utk tahan simpan lama
 mula-mula..tumis bawang merah + bawang putih yg dikisar sampai naik bau..and then masukkan udang kering yg dikisar dan belacan..sampai kekuningan..and then masukkan cili kering + asam jawa..gula..garamm..agak2 dah masak..ok la..lau nak buat tomyam..pakai ja la rencah tu..senang ja kan...
ok lah..ceq dah tahu masak..hampa lak lah ya..lau dah cuba tu..jgn lupa kasi ceq rasa na..
selamat mencuba -
...cahaya kerinduanku...

Sunday, October 10, 2010

jom jalan-jalan di Sarawak

dikurniakan tempat kerja yang best..(best ka?) sangat-sangat beruntung dapat keje kat sini..ada peluang untuk jelajah 1malaysia..alhamdulillah..diberi segala kesempatan...kedatanganku di Kuching hanyalah menemani..agenda yang diukir..hanya menutup mata pihak tertentu, hehehe..its ok...bagus juga cam tu..dapat aku jalan-jalan..disebelah petang..ada masa untuk jalan-jalan bersama cik sall..kami gunakan..malam pertama kami sangat teruk..on the way ke tempat makan..hujan yg sangat lebat..tak sempat nak bergambar la..kecewa
alhamdulillah...hari kedua kami dikatakan amat sempurna..dapat jalan2 dan bergambar sikit..hehehe...

I ler...







cik sall...


tomyam ni agak sedap..tak pasti samada senang nak cari tomyam yg sedap cam ni kat sarawak tp yg ini, ok sangat-sangat..dekat deretan kedai river view..nasi goreng sall pun not bad kan sall, hehehe...

tom yam, nyumm nyumm!!
makanan dibawah ini ditaja oleh Director of "International Research Centre on Disaster Prevention" hehehe..thanks prof..lain kali blanja la lagi ya..ayam penyet ni kami makan dekat restauran D'Simpang..sangat sedap..tp skang dah tak perlu risau!! nak makan ayam penyet, tak perlu nak ke Serawak pun..kat shah alam pun dah banyak orang jual..tp rasa, insyaallah..tak sama...
inilah dia..ayam penyet serawak







Monday, July 26, 2010

kenangan terakhir kita bersama

alhamdulillah.. dengan kerjasama dan perancangan yang kita sama2 berikan.. sampai juga akhirnya ke Sabah.. rasanya banyak betul dugaan..tidak kurang yang tak berapa nak bagi kerjasama.. yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir.. banyak betul dugaan para-para penganjur... sy tidak pasti bahagian c'ah.. tp bahagian pengangkutan sangat membri tekanan kepada saya.. lupakan ja.. yang penting kita pergi sana nak berseronok kan.. walaupun pada hakikatnya tak seronok.. penuh dengan kepalsuan.. it's ok.. Allah maha mengetahui setiap yg terjadi dimuka bumi ini..

organiser: ada masalah lagi, tak cukup bilik yg dah dipesan..siot ja
sarapan bersama Ija sister di Cititel


 banyak juga tempat yang dapat kami pergi.. Hot Spring, Strawberry garden, Sabah State Museum.. kaki Gunung kinabalu.. hehe..so benda-benda yg tak syok just lupakan.. org nak marah kita.. biar ja.. dia tak tahu yang kita 10 kali nak marah dia.. abaikan ja.. janji pergi dan balik selamat..
Poring Hot Spring- Ranau
tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
lau nak buat lagi program cam ni..mmg nak ikut lagi..tp tak nak dah jadi organiser.. sbb balik2 kita yg salah.. terpaksa mengalah demi menjaga hati.. tp bukan selalu boleh bertahan pun, kan..so.. semoga silaturrahim yg terbina antara kita berkekalan, amin..
kaki gunung kinabalu
Sekitar pasar Filipina

Thursday, July 22, 2010

ber "GCB"

wah..bulatnya yg pakai serba hijau tu..nak lagi bulat ka apa masih ber GCB tu???
semua makanan ini adalah tajaan Pn. Salhafizah Yaacob..terima kasih sall..semoga ALLAH murahkan rezeki sall sekeluarga..aminn..
sempena apa sy tak pasti..yang penting kita ramai-ramai makan cam ni..besttt sangat..suka..
kak ija kusyuk ja..
macam-macam gaya
semoga silaturrahim yang terjalin antara kita semua berkekalan hingga akhir hayat..

PEACE!!!

kanak-kanak riang bermain

U see not?? hahaha...