Wednesday, November 17, 2010

bila dan bosan dok Opiccc....

Mai nak tunjuk cara nak hilangkan cemuih keja...sengai2 badan...fedup tengok komputer....

1. Mola2...cari lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet...

2. Ambik ketaih, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan...

3. Lukih apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu...

4. Hasilnya.... .tadaaaaa. .... mcm kat bawah ni... kalau nak meriah lagi...boh lam frame....

5. Bleh gak guna menatang lain...contohnya lipaih, lipan, katak, belalang, kutu, riang2... nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka...

selamt mencuba!!!

acara papan anjal, ahaksss...
sila beratur yekkk...
diriku yg tinggi, dirimu yg pendek, ahahaaa....
tak tahu acara apa nih, layankan aja...
ditepi pantai yg indaahhhh...
acara pecut 200 M
acara berkuda..yeehhhaaaaaakk...
bersepah siottt...

Wednesday, November 10, 2010

Berdosakah aku BERCINTA?

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dan banyak lagi.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

CINTA dan ANUGERAH...
 

Thursday, November 4, 2010

Lawak Ganu (jgn amik hati)

Set-set ganu, tak soh amek ati ..gurau2 je..

 

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.

Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu
: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah
: Betul gok tu. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu
: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh lalu.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak
: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite leni ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

ERTI TANGISAN WANITA

Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"    



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: 

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." 
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!


Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.  Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik!!!




Monday, November 1, 2010

tomyam

lau cerita pasal makan, sy rasa better buat sendiri..itu pun lau tahu masak la..lagi paus hati makan..lau benda yg tak tahu dan mood malas yg sangat besar..hurmm layankan aja di restaurant..nasib la..tak sedap pun takpe la kan..sape suruh malas...
Kali ni sy masak tom yam..bg sy takde la sedap sangat..tapi ikut selera saya la kan..tp kawan2 kat opis cakap sedap,(hi..nak amik hati ceq ka mmg betui2 sedap ni?..hehehe)..tak kisah la yg tu..janji kita ikhlas nak bg org..lain2 serah pdNYA..
saya jadi minat makan tomyam ni semasa kerja kat jb..slalu lepak Restaurant Lokman dekat Skudai..dengan kawan2..terdetik dihati nak masak..so..hari demi hari..alhamdulillah..akhirnya terer gak masak tomyam..harap-harap ilmu yg ada skang..berkekalan, aminnn..  ini lah dia tomyam sy..masak ini bersempena buat makan-makan kat opis..organisernya pn. hani kita ler..alang-alang dah ada kesempatan..nak tunjuk bakat la sikit..I ni boleh juga masak mak oiii...
inilah dia rupa tomyam yg ceq masak, hehehe..
 ok lah..jom kita masak tomyam..bahan-bahan cam biasa ja..ikut selera..rasa nak makan tomyam seafood..beli la seafood..nak mkn tomyam ayam..jgn dok p beli daging la kan..mmg rasa lain la..

bawang besar
carrot

Brokoli
tgk sendiri lah..

saderi
tomato smile!

rencah..buat sendiri



masak tomyam ni senang ja dik oii..campak2 ja dalam periuk..tp nak campak kena ada cara juga..benda yg paling penting nak masak tomyam ni..rencah dia la..lau stakat guna rencah instant tu..mmg tak "urmm" la..
nak sedap buat sendiri...
bahan2 utk buat rencah sendiri:
  1. 3 sudu besar cili kering
  2. 1 sudu besar udang kering
  3. sedikit belacan
  4. 1 sudu besar asam jawa (tp ceq suka guna tomato yg dikisar)
  5. 10 ulas bawang merah or 1 biji bawang besar (warna kuning)
  6. 5 ulas bawang putih
  7. 1 sudu besar gula 
  8. sedikit garam (utk tahan simpan lama
 mula-mula..tumis bawang merah + bawang putih yg dikisar sampai naik bau..and then masukkan udang kering yg dikisar dan belacan..sampai kekuningan..and then masukkan cili kering + asam jawa..gula..garamm..agak2 dah masak..ok la..lau nak buat tomyam..pakai ja la rencah tu..senang ja kan...
ok lah..ceq dah tahu masak..hampa lak lah ya..lau dah cuba tu..jgn lupa kasi ceq rasa na..
selamat mencuba -
...cahaya kerinduanku...