Friday, April 29, 2011

Kisah seorang pencuri yang tidak jadi mencuri

Ketika sepasang suami isteri di sebuah kampung sedang tidur tiba-tiba tersedar melalui bunyi yg mencurigakan, bunyi mencurigakan sebenarnya itu berasal dari seorang pencuri yg hendak mencuri di rumah mereka. Pencuri tersebut sedang duduk di bawah rumah sedang menunggu peluang.

Pada bunyi pertama membuatkan isteri bertanya ke suaminya

Isteri: Bang, bunyi apa itu?
suami : ah bunyi tikus itu, yang. Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
Isterinya pun mengikut kata suaminya, pencuri di bawah rumah pun lega.

Selang beberapa minit terdengarlah lagi bunyi, membuatkan isterinya tersedar lagi.

Isteri : Bang tu bunyi aper lagi, Bang,
suami : Yang ni bunyi kucing la yang. Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
Isterinya pun mengikut kata suaminya, pencuri di bawah rumah pun lega.

Untuk ketiga kali pencuri di bawah rumah membuat bunyi bising lagi kali ni terlanggar kayu yang disusun di bawah rumah sehingga isteri tuan rumah tersedar lagi.

Isteri : Bang,ada bunyi lagi!
Dengan boringnya suaminya menjawab,
Suami : Ahh bunyi BABI tu yang! Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
mendengar perkataan BABI, membuatkan pencuri di bawah rumah terasa

“Cis ader aku dikatakan babi, tak patut betul…”

Akhirnya pencuri tersebut tidak jadi mencuri untuk selamanya kerana tak mahu dikatakan babi.

*** ada perasaan juga rupanya si pencuri nih, hahaha...

Tuesday, April 19, 2011

Jom Ke Seberang

Suatu hari Sumardi sajer jungle trekking dalam hutan.Dan secara tidak sengaja dia menjumpai dusun buah-buahan yang seperti ditinggalkan. Oleh kerana yakin takde tuan, kerana jauh dalam hutan, Sumardi pun belasahlah buah rambutan yang sedang masak ranum , kebetulan dia sedang dahaga sangat.
Sambil tersengih-sengih teringat kisah Ajoi di New York, dia makan rambutan dengan rakus sambil menjeling buah durian yang baru gugur. “Hmm lepas ni makan durian pulak!”
Tiba-tiba dia mendengar orang memanggil nama dia (suspen nih)
“Sumardi! Sumardi” kedengaran orang memanggilnya itu dari seberang sungai.
Dia memandang ke seberang sungai dan ternampak member kamceng dia, Ajoi sedang bertenggek atas batu sambil melambai-lambai.
La, mamat ni ader jer..

Ajoi: “Woi bro!, sinilah!”
Sumardi yang sedang syok makan buah rambutan menjawab : “Pehal?” dengan kereknya.
Ajoi: :Ke seberang sini la kejap, aku ada benda nak tunjuk pada ko!”
Sumardi: “Pedia?” “Aku tgh syok makan rambutan nih! Kalau ko nak datang la ke sini!!!”
Ajoi: “Weii ni benda best ni! Rugi kalau ko tak datang tengok!”
Oleh kerana desakan Ajoi, Sumardi dengan keberatan turun ke sungai sambil menjeling buah durian tadi sambil menelan air liur.
Dengan bersusah payah Sumardi berenang ke seberang sungai yang besar tu untuk berjumpa dengan Ajoi sehingga dia nyaris lemas dan bercalar balar badannya terkena batu.
Sumardi:”Pehal ni Joi?” sambil termengah-mengah dan basah kuyup.”Apa yang ko nak tunjuk dengan aku tadi?”
Ajoi: “Hei Di, tengok tu, banyak betul buah-buahan di seberang sungai sana tu kan….?”
Sambil menunjuk dusun yang Sumardi pergi tadi…

sengalllll....

Sunday, April 10, 2011

Langgar Lampu Merah

Pada suatu hari Ajoi sedang memandu kereta dengan Sumardi dan kawan-kawannya yang lain di tengah Kuala Lumpur, sampai di suatu simpang lampu merah menyala, namun Ajoi tetap menekan minyak melanggar lampu merah tersebut. Tentu saja kawan-kawannya takut dan menegur Ajoi..
“Wei Joi.. tadi kan lampu merah.. boleh eksiden kita nanti” marah Sumardi. Dengan selamba Ajoi menjawab “Ala.. abang aku selalu buat macam tu dan sampai sekarang OK jer…”.

Tak berapa lama kemudian, mereka tiba simpang berikutnya, walaupun lampu merah menyala, Ajoi tetap tekan minyak
“Aduyaiiii. boleh mati kita nih ..!” jerit si Pancis.
Ajoi menjawab “Rilek la bro… abang aku selalu langgar lampu merah dan sampai sekarang dia OK jer..”

Kemudian mereka tiba lagi di satu simpang, lampu hijau yang menyala.. dengan serta merta Ajoi memijak brek sampai kereta berhenti.
Kawan-kawan Ajoi pelik dan bertanya
“La pesal lak lu berhenti..? kan lampu hijau tuh..?”
Ajoi menjawab dengan serius:
“Tentulah aku berhenti..cuba korang bayangkan, di sebelah sana kan lampu merah. Kalau abang aku lalu dari sebelah sana..? Tentu dia langgar kita….!!!”