Saturday, August 31, 2013

SELAMAT DATANG PUTERIKU

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH swt, tepat jam 5.16 pagi.. aku selamat melahirkan seorang puteri yang sangat comey. Terima kasih kepadamu ya ALLAH untuk kesempatan ini, terima kasih juga padaMU ya ALLAH kerana diberi kesihatan berpanjangan sepanjang tempoh kehamilan puteriku ini..

Terima kasih juga kepada suami yang sentiasa berada disisi, untuk kaum keluarga..terima kasih untuk layanan anda semua.. kasih sayang yang diberikan tidak ternilai harganya.

Kepada puteriku, semoga menjadi anak yang solehah.. semoga menjadi manjadi manusia yang berbakti kepada AGAMA, Bangsa dan Negara.. Insyaallah..mama dan abah akan berikan yang terbaik untukmu sayang..