Saturday, October 11, 2014

AKTIVITI WeeeeKEnd

Assalamualaikum Uolss..

hari ni kerajinan tahap dewa, rasa nak meRoti lak.. bahan2 basic tu ada lah.. minta resepi ngan Abang Google.. hurm.. ada bahan penting untuk meroti ni xde..tp mak layankan juga.. dah kata kan tahan rajin lain macam.. so rasa roti pun lain macam la.. first time meroti.. alhamdulillah.. ada bakat juga la.. nak kata cantik, tak sgt.. tp ada la rupa rotinya kan.. 
yang penting, xde nya mak nak uli2 bagai doh tu.. campak semua dalam kitchen aid mak yang cute miut tu.. settle.. nasib kitchen aid tu xboleh buat siap utk bakar.. kalau x..lagi la sempurna kehidupan mak ni, hahaha...

roti sosej jadi x jadi..
roti sosej gemuk...

 alhamdulillah..ptng ada orang nak dtng umah.. alang2 dah lama x buat donut.. layan donut lak lah minum petang hari ni.. kena lak ngan Tamar Cocoa yang lazat lagi umphh..kalut2 ngan mengoreng & menyelimut donut tu, lupa lak nak berselfie.. sempat selfiekan donut lepak ja.. lepak pun lepak lah.. janji donut..kikiki...
donut pening
Malam kami tak rasa nak mkn nasi.. so western sikit lah.. layan baked potato.. orang dok femes skang benda alah ni.. baked potato la.. kentang berhantu la.. mmg mkn macam hantu juga la..sbb sedap..mkn panas2 lak.. anak nangis pun suruh abah dia jagakan dulu.. kasi penuh perut mama..dah tinggal sikit baru teringat nak bg baked potato ni selfie.. selfish sungguh chef ni kan..

apa-apa pun.. layan ja la..

baked potatos..


Wednesday, September 17, 2014

RED VELVET CUPCAKE DIHUJUNG MINGGU

alhmadulillah..rezeki hujung minggu.. ada sedikit tempahan cupcake..
terima kasih yang menempah..
sudi-sudikanlah menempah lagi ya.. Insyaallah still sedap and gebus macam biasa..




Saturday, August 30, 2014

Happy Born Day Wahai "Cahaya Keadilan Kami"

Selamat ulang tahun kelahiran sayang mama..semoga menjadi anak solehah.. anak yang berbakti kepada Agama, bangsa dan negara. Semoga Adelia sentiasa dalam keberkata ALLAH swt..
Mama & Abah sayang Adelia..

Saturday, August 16, 2014

REZEKI SYAWAL, ALHAMDULILLAH..

tempahan untuk open house raya, sape2 yang berminat boleh contact2 kita ya..
Chessecake adoo..Carrot cake pun adoooo..

Hokaido..

Almond Crunchy..

Thursday, July 10, 2014

UNTUK TEMPAHAN, INSYAALLAH PUAS HATI





assalamualaikum..

sape yang berminat untuk buat tempahan cheesecake, carrotcake, hokkaido, Almond Crunchy/ dadih fresh milk pelbagai perisa.. boleh hubungi saya whassap/ telegram - 0197535326.. area shah alam dan sewaktu dengannya..

Almond Crunchy

Dadih Fresh Milk

Monday, April 21, 2014

MENU MINUM PETANG YANG MENDAMAIKAN

Jomlah layan minum ptng kami suami isteri, haha.. nak pelawa pun kot tak sempat nak datang kan.. maklumlah.. tengah hujan2 dipetang hari ni kan.. kelaparan tahap bertingkat2 dah ni.. jom la kita minum petang!!!
Ce'mek molek-bekal utk tgk tv malam
Blueberry Crepe yummy..umph!!

Donut origanal en. suami

Donut over..aku punya, haha


Monday, March 10, 2014

TESTIMONI DIRI SENDIRI

Alhamdulillah.. banyak kebaikan yang telah dirasai sejak amalkan Qaseh Gold Adinda, kepada merekan yang masih tercari2 produk kesihatan berasaskan makanan sunnah, tiada bahan kimia dan memenuhi piawai yang telah ditetapkan .. Qaseh Gold adalah produknya..

Qaseh sentiasa dihatiku..

Jangan segan silu untuk hubungi saya

>>> Info lanjut mengenai Qaseh Gold Adinda/ Qaseh Gold Kekanda/ Qaseh Gold Junior/ Pati Kristal Garam Mineral (SOLE)
>>> Teknik pemakanan untuk meriahkan susu badan
>>> Cara-cara mengepam susu yang lebih efective

*** Saya akan bantu anda untuk meriankan susu, dengan izin ALLAH..tp anda perlu bantu anda dahulu untuk berjaya.. 

Friday, February 28, 2014

NAMA SAYA NUR ADELIA BINTI MUHD HAZIM


Nama saya Nur Adelia Binti Muhd Hazim. Umur saya 6 bulan. Saya dah pandai meniarap, guling-guling, golek-golek, saya suka gelak bila saya tengok abah saya (abah saya hancem), saya dah pandai sembang2 dengan mama and abah . Saya dah angkat tot tot untuk merangkak tapi saya selalu mengundur..bukan kedepan.. Mama selalu cakap saya "tido buas" sbb biasanya mama akan kutip saya kat mana2 ja saya pergi bila nak menyusukan saya.
 Mama cakap kalau umur dah cukup 6 bulan, saya dah boleh makan, "solid food". tp mama belum bagi lagi, huhuhu... Saya membesar dengan susu mama ja..
Doakan saya jadi anak yang solehah pada mama & abah saya ya..

** hari ni saya kena cucuk 6 bulan, mak angkat saya yang cucukkan..Dr Dahlia... saya mmg nangis kuat hari ni.. sakit!!! tp saya nangis sekejap ja..

Wednesday, January 15, 2014

QASEH GOLD ADINDA



Wanita Hamil atau Mengandung biasanya mengalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan...

1-Lemah dan tidak bertenaga??
2-Sedang mengalami ‘morning sickness’??
3-Perut sebu dan tidak selesa
4-Mencari produk yg boleh membantu tumbesaran bayi yang dikandung??
5-Paras HB (hemoglobin) rendah??

Tahukan anda Khasiat QASEH GOLD ADINDA – Formulasi Makannah adalah supliment terbaik Untuk Ibu Mengandung:

1-Membantu menguatkan sistem PERTAHANAN badan (sistem imun).
2-Membantu mengurangkan 'Morning Sickness' (alahan ibu mengandung).
3-Membekalkan TENAGA yang berpanjangan.
4-Merangsang penghasilan SUSU IBU yang banyak sejak dari mengandung.
5-Melawaskan masalah PEMBUANGAN yang dialami wanita mengandung.
6-Membantu TUMBESARAN otak bayi dalam kandungan.

Wanita mengandung sangat perlu menitikberatkan pengambilan asid folik. Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Qaseh Gold Adinda yang diperkaya dengan makanan-makanan sunnah seperti Kurma dan Delima memenuhi bekalan asid folik yang diperlukan ibu mengandung setiap hari.

Zat Besi sangat penting untuk wanita mengandung. Kekurangan zat besi menyebabkan paras Hemoglobin menjadi rendah (kekurangan sel darah merah) atau dikenali sebagai Anemia. Qaseh Gold Adinda sangat kaya dengan unsur zat besi.

Qaseh Gold Adinda membekalkan prebiotic (makanan kepada probiotik) semulajadi dari Gam Arab.

Qaseh Gold Adinda Juga mengandungi 'potassium' yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung.

KANDUNGAN:

✔ Madu
✔ Kurma
✔ Habatus Sauda’
✔ Buah zaiton
✔ Buah Tiin
✔ Delima
✔ Air Zam-zam
✔ Gam Arab(prebiotic semulajadi)
✔ Diadunkan dengan herba tradisi seperti Za’faran, Ginkgo & Sireh
✔ Juga Herba Khusus untuk wanita Passiflora, Pegaga & Manjakani





 PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN

✔ 100% HALAL (Produk Bumiputra ISLAM)
✔ IMP - Islamic Manufacturing Practice

**Qaseh Gold Adinda boleh diteruskan selepas melahirkan.Malah sangat baik untuk ibu yang menyusukan kerana QGA membantu melancarkan pengeluaran Susu Ibu.

Ingin mencuba??
Dapatkan segera sblm terlambat..
Sms/whatsapp 019-7535326 sekarang..

✔ MURAH ✔ MUDAH ✔ InsyaALLAH MUJARAB

Wednesday, January 8, 2014

PATI KRISTAL GARAM MINERAL (SOLE)





Antara fungsi SOLE
  1. Paling berkesan dalam menstabilkan degupan jantung yang tidak teratur dan ia mampu mengimbangi tekanan darah.
  2. Ia juga amat penting untuk mengimbangi paras keasidan yang berlebihan didalam sel2 tubuh badan terutamanya sel2 otak.
  3. Sesungguhnya SOLE amat penting untuk mengimbangi tahap gula dalam darah – faktor penting bagi penghidap diabetis | kencing manis. 

    Fakta mengenai SOLE !!
    1. Sole adalah penting untuk penjanaan tenaga bioelektrik didalam sel2 badan.
    2. Sole adalah penting utk komunikasi dan pemprosesan maklumat antara sel2 saraf.
    3. Sole adalah penting untuk penyerapan nutrien makanan melalui saluran usus.
    4. Sole adalah penting bagi membersihkan paru2 daripada mukus dan kahak melekit terutamanya bagi penghidap asma.
    5. Sole amat bermanfaat utk penghidap sinus | resdung. 
    6. Sole adalah anti histamin [anti alahan] semulajadi yang sangat baik.
    7. Sole adalah penting untuk mencegah kekejangan otot.
    8. Sole adalah penting untuk mencegah pengeluaran air liur secara berlebihan.
    9. Sole adalah amat penting untuk mengukuhkan struktur tulang.
    10. Sole adalah penting untuk penjadualan tidur yang lebih sistematik.
    11. Sedikit titisan Sole pada lidah akan membantu melegakan batuk yang berterusan.
    12. Sole adalah penting untuk pencegahan gout dan arthritis.
    13. Sole adalah penting untuk mengekalkan keupayaan seksual dan libido.
    14. Sole yang ditambah kedalam makanan yang menggunakan garam biasa [NaCI], boleh mengurangkan tindakan agresif garam biasa.
    15. Sole adalah penting untuk menghalang vena varikos [urat timbul] pada betis dan peha.
    16. Sole menguraikan gumpalan sel darah merah dan meningkatkan kadar oksigen pada peringkat selular.
    Tips Penggunaan:
    Campurkan 3 ml SOLE ke dalam satu gelas air dan minum pada waktu pagi sebelum menggosok gigi.


    Campurkan 5ml lagi ke dalam air minuman 1.5 liter untuk minuman harian anda

    1 ml = 7 titis SOLE
    3 ml = 21 titis SOLE
    5 ml = 35 titis SOLE
    Satu botol 1.5L = 35 titik = 5ml SOLE


    Harga : RM 52.00 (170 mL)