Saturday, December 3, 2011

jEnguk-jeNguk makananku

semenjak kerajinan memasak membuak-buak ni kan.. macam-macam la yang dah try..
jom lah layanzzzz...
ayam masak stim

ayam masak blasah bersama sayur, hahaha..

my favourite food

fish cake masak blasah, hahahaha...

salad ayam

telur mata (sihat la tu kononya)

LALA masak tumis
kononnya layan makanan sihat la kan..hahaha..
lau you all teringin, silalah masak ya!!!

Wednesday, November 9, 2011

kEtupat NaSI + kuah kacaNg

hari-hari yang semakin bosan. Dengan kerja kat opis yang entah apa-apa. Dengan boss yang entah apa-apa. hurmmm.. hari-hari yang semakin sukar nampaknya..
masak lagi bagus. mood raya tak habis lagi agaknya aku ni.. or dah kena sawan raya.. entah.. layankan aja moodnya itu.. jangan menyusahkan orang sudah la ya..malam ni masak ketupat nasi lagi.. hahaha.. tapi malam ni dengan kuah kacang lak..
bakat-bakat yang ada jangan disimpan.. nanti basi, huk huk hukk.. iya ka?

memandangkan cara nak buat ketupat nasi telah diberitahu.. so.. tak yah lah nak gtau lagi kat sini an.. kita terus kepada resepi kuah kacang ja la ya..
simple ja.. sedap? of course la kan!!!

bahan-bahannya
  1. 300g kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, tumbuk sampai halus/ kisar)
  2. 3 sudu cili giling
  3. 5 ulas bawang merah (kisar)
  4. 3 ulas bawang putih (kisar)
  5. 1 batang serai (kisar)
  6. 1/2 inci halia (kisar)
  7. 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  8. 1 batang serai (ketuk)
  9. garam + gula secukup rasa
  10. minyak untuk menumis
goreng tanpa minyak
dah buang kulit
dah siap tumbuk
    cara-caranya
    1. Tumis bahan-bahan yang dikisar + cili giling + serai and lengkuas yang diketuk sehingga naik bau
    2. Masukkan kacang sikit demi sedikit diselang seli dengan sedikit air..
    3. Masak dengan api perlahan. Perasakan dengan garam dan gula.
    4. Jika hendak kuah kacang cantik.. masak lama dengan api yang perlahan.
    5. Siap...
    done...


    ** sebenarnya aku ni 1st time buat kuah kacang ni, selalunya makan yang mak masak ja.. haha.. nak tahu sedap tak sedap.. kena tanya depa2 yang rasa la kan.. tanya aku.. semuanya sedap (sendiri masak an)

      gOtONg rOyONG seMpena rAYa KorBaN

      assalamualaikum wbt...

      jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa korban, terutamanya kak ros kerana sudi menjemput saya ke Majlis Korban. sangat2 berterima kasih kerana sudi menerima kami sebagai saudara baru di UiTM Jalan Othman. terharu rasanya dengan layanan anda-anda semua. walaupun perkenanlan kita tidak sampai 2 bulan. namun kerjasama yang ditunjukkan amatlah dihargai. Semoga dengan perkenalan ini akan merapatkan lagi silaturrahim antara kita semua.

      Terima kasih kepada pihak pengurusan fasiliti yang selalu menitik beratkan hal-hal keselesaan, dan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kami. Tidak lupa juga kepada pengawal keselamatan dan juga bibik. Semoga kita sentiasa dan kekal bekerjasama..insyaallah...
      potong jangan tak potong..



























      ** tak sempat nak makan kat sini, ini pengarah punya pasal la..huhu..time kita orang takde keje.. tak datang.. time kita orang ada keje.. terhegeh-hegeh nak meeting bagai.. nyampahhhh!!!

      Monday, November 7, 2011

      ketupat nasi + rendang ayam

      bila dah bosan kan..apa2 pun boleh jadi..sambil2 layan bola malaysia lawan singapore.. anyam sarang ketupat.. takde lah berniat sangat nak masak ketupat nasi ni..saja main2... alang2 dah ada daun kelapa kan.. orang bosan memang la cam gitu..
      dah siap satu, asa nak anyam satu lagi..ermm.. lau cam tu.. baik wat banyak2.. masak ketupat nasi.. boleh makan esok kat opis.. tanpa mengira tidak pernah ada pengalaman dalam bidang ini.. aku dengan selambernya masak ketupat nasi..dengan kata hati.. hahahaaaa...
      tp nak cicah dengan apa kan lau ketupat nasi ja.. kuah kacang ker? rendang ayam? kacang ada.. ayam ada.. sebab benda tak plan kan..ada banyak masalah juga semalam.. nak masak ketupat nasi banyak, beras habis. nak masak kuah kacang and rendang, cili kering takde.. hahaha.. memamdangkan ada cili hidup.. aku bantai rendang aku dengan cili hidup.. attudiaaa... mmg "kaw" la pedasnya kan..hehehe...
      bila aku dapat masak kan.. hati rasa senang sangat.. rasa nak senyum ja.. habisla dah start bebel tu, hehe.. jom2..kita tgk cara bikin ini dua benda.. check it out!!!

      KETUPAT NASI
      1. daun kelapa (yang muda)
      2. beras (dibasuh and ditoskan)
      3. sedikit garam (untuk merebus)
      dah siap anyam
      beras (basuh dulu ya)
      senang ja nak wat ketupat nasi ini rupanya.. dr kecil memang saya pandai anyam ketupat nasi.. tapi tak pernah diberi peluang untuk masak sendiri.. alhamdulillah..dapat juga akhirnya mencuba..

      masukkan beras dlm sarang ketupat
       * beras hendaklah diisi separuh dalam sarang ketupat.. jangan terkurang lak, tak sedap lak ketupat nasi kita nanti..

      ready to cook..
      * dah siap masukkan beras, letak dalam periuk.. masukkan air dan sedikit garam.. rebut sehingga masak.. lupa lak berapa lama masak tadi.. tapi agak2 masak tu angkat dah toskan ja la ya.. jangan biar dia berendam dalam air lak.. tak sedap nanti.. hehe..
      dah siap!!!
      RENDANG AYAM

      bahan-bahanya :
      1. 1 ekor ayam
      2. 1 - 1.5  kotak santan (ikut suka)
      3. garam secukup rasa
      4. gula melaka secukup rasa
      5. asam jawa
      6. sedikit minyak untuk menumis 
      7. 3 batang serai diketuk..
      8. 2 helai daun pandan
      baha-bahan untuk dikisar

       bahan untuk dikisar
      1. 15 ulas bawang merah
      2. 5 ulas bawang putih
      3. 15 batang serai
      4. 1 inci lengkuas
      5. 1.5 inci halia
      6. 1 inci kunyit

      **10 biji cili kering (guna cili hidup sbb habis stok) dikisar tapi berasingan dengan bahan-bahan diatas

      cara-caranya:
      marinade ayam selama lebih kurang 15 minit
      1. bersihkan ayam yg telah dipotong kecil.. kisar bahan2 tadi and marinade ayam selama 15 minit.. simpan sedikit bahan tadi untuk ditumis.
      2. panaskan minyak..sebelum menumis.. masukkan daun pandan..goreng daun tersebut sehingga kering untuk mendapat haruman dr daun pandan tersebut. buang daun tersebut, masukkan cili yang telah dikisar serta lebihan bahan marinade td . tumis sehingga masak. masukkan juga serai yang telah diketuk and air asam jawa.
      3. masukkan ayam yang telah di marinade tadi dalam bahan yang ditumis.. masak sehingga kering.
      4. masukkan santan, garam and gula melaka secukup rasa.. dan masak lagi sehingga kering.
      keadaan selepas masukkan santan
       dah siap pun rendang saya.. pedas siot!!!
      done!!!

      Tuesday, August 16, 2011

      7 Sunnah Penting

      Salam,
      Ihya Ramadhan Al Mubarakh
      Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

      Pertama:
      Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

      Kedua:
      Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

      Ketiga:
      Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

      Keempat:
      Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

      Kelima:
      Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

      Keenam:
      Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

      Ketujuh:
      Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
      Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

      Monday, August 15, 2011

      Kisah Anak Kura-Kura


      Suatu hari, seekor kura-kura memanjat sebuah pokok yang tinggi.. dia memanjatnya dengan perlahan-lahan dan hati-hati supaya tidak jatuh..
      Dengan susah payah akhirnya dia sampai ke puncak pokok.. Lalu dia terjun dari atas pohon tersebut sambil mengepak-ngepakkan kakinya..
      Tapi dia gagal dan jatuh terhempas atas tanah dengan kuat..
      Kemudian kura-kura tersebut bangun lagi dan memanjat lagi, terjun lagi, mengepak lagi dan jatuh terhempas lagi.. begitulah berlaku beberapa kali..
      Sepasang burung yang berada di atas pokok dari tadi hanya melihat kelakuan kura-kura tadi dengan rasa hiba…

      Kemudian burung betina pun mula berkata kepada burung jantan.
      “Bang, sudah sampai masanya kita katakan kepadanya bahawa dia sebenarnya anak angkat..”

      Thursday, August 11, 2011

      Cara kerja Malaikat Maut

      Nabi berkata kepada Malaikat Maut. “Tidakkah Kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai malaikat Maut sehingga mereka akan lebih hati-hati?”
      Malaikat itu menjawab. “Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda-tanda tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “Bukan kah aku telah memberimu banyak tanda-tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya “ (HR imam qurthubi)


      Cara kerja Malaikat Maut

      Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. “Wahai malaikat Maut, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?”
      Malaikat Maut berkata:” Aku akan panggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bekas yang besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku “(HR abu Nu’aim)


      Orang Mati Mendengar Tapi Tidak boleh Menjawab
      Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah perigi tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Setelah itu, beliau memanggil nama mereka satu-satu: “Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian betul-betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti.”
      Umar lalu bertanya kepada Rasulullah. “Wahai Rasul, mengapa engkau berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?”
      Rasulullah menjawab. “Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawaban mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya tidak dapat menjawab” (HR Bukhari Muslim)

      Wednesday, August 10, 2011

      Teka teki pisang

      Ajoi membuat teka-teki kepada Sumardi, Pancis, Sharom dan Fendi.

      Di dalam hutan yang sangat tebal terdapat sebuah pohon kelapa yang sangat tinggi. 4 ekor binatang, Singa, zirafah, monyet, dan tupai kebetulan lalu di situ.

      Mereka memutuskan membuat pertandingan untuk melihat siapa yang tercepat yang mendapatkan pisang dari pokok tersebut.

      Korang teka siapa yang paling cepat?


      Jawapan korang akan menentukan kualiti personal diri anda, pilih dengan hati-hati…



      Jawab dalam masa 30 saat…

      ……
      ……….
      ………..
      …………..
      ...................
      .......................
      ............................
      ................................



      Sumardi: Monyet!
      Ajoi: lu sengal…!
      Sharom: Kompom tupaikan?
      Ajoi: Salah jugak!
      Pancis: Zirafah! Pasal leher dia panjang!
      Ajoi: lu sengal macam Madi..!
      Fendi: Kalau semua salah tentu jawapannya Singa!
      Ajoi: Lu lagi sengal ngalahkan aku!

      Sumardi: Kalau semua salah tentu soalan ko yang salah, apa jawapannya?

      Ajoi : Pokok Kelapa mana ada buah pisang Mwa Ha Ha..

      Tuesday, August 9, 2011

      Perbezaan ucapan Amin

      Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:

      1. Amin , Ø£َÙ…ِÙŠْÙ†ٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

      2. Aamin, Ø£ٰÙ…ِÙ†ْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
      Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

      3. Aamiin, آمِّÙŠْÙ†َ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
      Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)

      4. Aamiin , Ø£ٰÙ…ِÙŠْÙ†َ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.
      Wallahualam.

      Sunday, August 7, 2011

      7 Pintu Neraka

      “Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu dihuni (sekumpulan orang yang berdosa yang ditentukan)” (Al Hijr :44)
      Diriwayatkan bahawa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan gambaran neraka. Jibril menjawab:
      “Wahai Nabi Allah,
      Sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain.
      gambar hiasan

      Nama-nama pintu tersebut adalah:
      1. Hawiyah (jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
      2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrikin yang menyekutukan Allah.
      3. Pintu ketiga untuk kaum sabdian (penyembah api).
      4. Lazza, pintu ini untuk syaitan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
      5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
      6. Sa’ir (api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

      Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi SAW meminta dia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab:
      “Pintu ini untuk umatmu yang angkuh”; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.
      Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pengsan. Setelah sedar baginda berkata:
      “Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan aku risau dua kali ganda. Adakah umatku masuk Neraka?”
      Kemuddian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika solat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. kerana tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya:
      “Mengapa beliau begitu berduka?” Namun Baginda tidak menjawab.
      Oleh itu, Imam Ali as sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi menghadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Saidatina Fatimah AS. Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah SAW). Setelah mendengar semua itu, Fatimah AS bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tampalan yang dijahit dengan daun pokok korma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah Saidatina Fatimah AS, lalu berkata:
      "Aduhai! Sementara puteri-puteri Kaisar dan Kisra (pemimpin Parsi kuno) duduk di atas singgasana emas, puteri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai”.
      Ketika Saidatina Fatimah AS sampai di hadapan Rasulullah SAW, dia melihat keadaan Rasulullah SAW yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemuddian dia berkata:
      “Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah koyak, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakadian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata:
      “Apakah engkau memperhatikan dan mengambil pelajaran?” Fatimah Az-Zahra melihat wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung -kerana tangisan yang tidak berhenti . Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahawa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Saidatina Fatimah AS berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu,
      “Mengapa Ayahanda menangis?” Nabi SAW menjawab, “Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, kerana sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku
      sebuah ayat yang menggambarkan gambaran neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab”.
      Ketika Fatimah AS mendengar semua ini, beliau berseru,
      “Sesungguhnya orang yang dimasukkan kedalam api ini pasti menemui ajal”. Setelah mengatakan ini beliau pengsan. Setelah tersedar, beliau berkata,
      “Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?” Nabi SAW menjawab,
      “Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara solat, dan azab ini tidak seberapa bila dibandingkan dengan azab-azab yang lainya.
      Setelah mendengar ucapan ini semua sahabat Nabi SAW menangis , “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap,
      “Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini”, Ammar bin Yasir berkata,
      “Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”.
      Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab:
      “Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).
      Maha adil Allah, begitulah Maha Pemurah memberikan kebebasan pada manusia untuk memilih.. antara iman & kufur, dengan tanpa ada paksaan “laa ikrooha fiddin..”.

      Akhirnya pilihan yang kita ambil, mendapatkan balasan yangg adil dari Yang Maha Adil. Jalan menuju syurga berliku sukar di daki akibat nafsu keduniaan tetapi semasa sampai tujuan, maka akan mendapatkan keindahan yang “tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak dapat dibayangkan oleh hati. Sedangkan jalan menuju neraka, indah mempesona..akhirnya sampai pada gambaran yang mengerikan..

      Wallahualam

      Sama Tak Serupa



      Babak 1
      Pada suatu hari di sekolah, semasa Ajoi dan Sumardi darjah satu

      Ajoi: Di, What itu apa maksudnya?

      Sumardi: apa

      Ajoi: haa?

      Sumardi: what itu maksudnya apa!

      Ajoi: aper la lu ni, orang tanya dia tanya aku balik?

      Sumardi: WHAT ITUUU ertinya “apa” !!!

      Ajoi: BORING LA KO NI !! AKU TANYA,KO TANYA BALIK!

      Sumardi: CKCKCKCKCKCKCKC!! *stress*

      Babak 2
      Pada suatu hari di sekolah, semasa Ajoi dan Sumardi Tingkatan satu
      -Akhirnya Ajoi faham erti What itu apa,kemudian selepas subjek sains

      Ajoi: Di!! kalau berat unitnya kilogram, kalau kuasa elektrik unit dia aper?

      Sumardi: Watt

      Ajoi: UNIT KUASA ELEKTRIK APER DI..?

      Sumardi: WATT

      Ajoi: ISH KAWAN AKU NI PEKAK KER SENGAL?

      Sumardi: CKCKCKCKCKCKCKC!! *stress*

      Saturday, August 6, 2011

      Sifat Buruk Dalam Karakter Spongebob


      Kartun Spongebob ialah antara kartun yang diminati bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga. Cerita kehidupan di bawah air yang simple ini berjaya mendapat tempat di hati kanak-kanak.

      Namun begitu ,setiap watak utamanya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan mungkin kita tidak sedari setiap karakter itu terdapat beberapa sifat-sifat buruk.

      Contoh buruk yang tidak boleh diikut oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga.Berikut adalah beberapa karakter dari semua watak utama kartun Sponge Bob tersebut yang saya maksudkan yang anda boleh memberitahu anak atau adik anda supaya sifat-sifat yang jangan ditiru.


      1. Patrick yang Pemalas


      Patrick adalah seekor tapak sulaiman yang dikenali dengan watak pemalas. Dia tinggal di bawah batu sepanjang masa dan tidak pernah melakukan apa-apa.Patrick juga dikenali sebagai kuat makan tetapi bodoh dan malas untuk bekerja.

      Bahkan dalam episod “Big Pink Loser”, dia mendapatkan penghargaan untuk tidak melakukan apa-apa paling lama. Mungkin Patrick mengikut pepatah ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’.


      2. Squidward Yang Pemarah


      Squidward ialah seekor sotong yang panas baran,ego dan tak boleh berunding. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebagian besar masanya dihabiskan untuk marah-marah.


      3. Mr. Krabs Yang Tamak


      Mr. Krabs ialah seekor ketam yang mempunyai restoran burger The Krusty Krab tempat Spongebob bekerja. Jelas sekali dalam cerita Spongebob Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat bernafsu terhadap wang. Dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya.


      4. Plankton Yang Iri Hati Dan Pendendam


      Plankton cemburu, iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan restoran miliknya iaitu The Chum Bucket telah gagal. Iri hati dan dendam membuatnya sentiasa mencuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.


      5. Sandy Yang Sombong.


      Sandy adalah seekor tupai yang hidup dalam dunia laut Spongebob. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan darimana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan suka kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episod “Pressure”, dimana dia mencuba untuk membuktikan bahwa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut. 


      6. Spongebob Yang Berlebih-lebih


      Hero cerita ini, Spongebob selalu menunjukkan “kasih sayang berlebihan terhadap orang lain”. Dia menunjukkan cintanya kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang dan berlebih-lebihan terhadap perkerjaannya. Malah ada juga pendapat Spongebob adalah seorang gay kerana wataknya yang kelihatan ‘lembut’. Dalam satu episod, Spongebob menjadi ‘isteri’ kepada Patrick.

      Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam perangai buruk, tetapi sebalik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua dan secara langsung watak-watak yang disebut di atas adalah diadaptasikan dari perangai manusia juga. selamat menonton!!!

      Thursday, August 4, 2011

      Kebiasaan Rasulullah S.A.W di Bulan Ramadhan

      Semasa berpuasa di bulan Ramadhan, ada baiknya mengikuti kebiasaan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW. Agar ibadah puasa kita menjadi lebih baik. Adalah sebaiknya setiap tahun kita mencuba meningkatkan amalan kita, ibarat jika selama ini kita pakai kereta Proton Saga, mendatang kita mesti teringan nak pakai kereta Toyota Alphard baru dan sebagainya. Begitulah amalan kita hendaknya. Takkan hanya takat tu jer, sebaiknya kita mencuba untuk upgrade amalan kita.
      Ramadhan adalah bulan yang sangat agung, oleh kerana itu kita harus menghiasinya dengan amalan-amalan sholeh. Langkah yang boleh kita lakukan adalah dengan menteladani kebiasaan Nabi Muhammad SAW dalam mengisi hari-hari di bulan Ramadhan.

      Beberapa kebiasaan Rasulullah SAW dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah :
      1. Memperbanyak sedekah.
      2. Memperbanyak membaca Al Qur`an.
      3. Mengakhirkan waktu sahur - Sahur adalah sunnah, baik itu dalam puasa sunnah ataupun wajib. Sunnah dalam sahur adalah mengakhiri waktunya.
      4. Memperbanyak solat malam - Melakukan solat malam (sholat tahajjud/ sholat tarawih).
      5. Iktikaf - Iktikaf bermakna diam, tinggal atau mengurung diri di suatu tempat tertentu. Secara syariat, iktikaf adalah diam dan tinggalnya seorang muslim dalam keadaan suci di masjid. Tujuannya beribadah dengan disertai niat.
      6. Menghidupkan sepuluh malam terakhir - Menghidupkan sepuluh malam terakhir adalah beribadah, baik itu dengan solat malam, membaca Al-Quran ataupun dengan berzikir dan berdoa. Dikhususkan waktu sepuluh hari terakhir kerana hari-hari itu telah mendekati berakhirnya bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh berkah.
      Nabi Muhammad SAW ingin mengakhiri bulan Ramadhan dengan beribadah sungguh-sungguh sebelum bulan itu berlalu. Selain itu [ada sepuluh hari terakhir ini adalah waktu yang bertepatan dengan turunnya Lailatul Qadar ( malam kemulian ).
      7. Bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar - Lailatul Qadar artinya malam kemulian, iaitu malam diturunkannya Al Qur`an. Malam ini lebih baik dari seribu bulan

      Wednesday, August 3, 2011

      WANITA TIDAK DIGALAKKAN SOLAT DI MASJID?

      Sesungguhnya tidak ada nas yang jelas menegah wanita ke masjid, cuma ada nas yang memberitahu bahawa solat di rumah adalah lebih baik. Antara hadis yang dimaksudkan adalah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid dan (solat mereka) di rumah-rumah mereka adalah lebih baik.” (Riwayat Abu Daud no. 567)

      Daripada Aisyah r.a.; katanya, “Sekiranya Rasulullah s.a.w. menyaksikan para wanita apa yang kita lihat sekarang ini tentu Baginda menegah mereka pergi ke masjid sebagaimana Bani Israel menegah wanita-wanitanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      Para ulama sepakat menyatakan solat berjemaah tidaklah wajib kepada kaum wanita. Perkara ini disebut oleh al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla. Malah kita juga dapati sebahagian mereka menghukumkan makruh bagi wanita untuk ke masjid, terutamanya kepada gadis. Alasannya kerana bimbang berlakunya fitnah.

      Selain itu, para ulama sepakat menyatakan bahawa tuntutan solat berjemaah kepada kaum wanita tidaklah sama seperti kaum lelaki. Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu’: “Terdapat beberapa perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam hukum solat berjemaah, antaranya ialah tuntutannya tidaklah sama seperti yang dituntut kepada kaum lelaki.”

      Pendapat Ulama yang Menegah Wanita ke Masjid Kebanyakan ulama yang berpegang kepada pendapat menegah wanita hadir ke masjid adalah atas dasar mengelakkan fitnah.

      Antara mereka yang berpendapat sedemikian ialah Imam Abu Hanifah, Imam Hanbali dan para ulama Syafi’i. Para ulama Syafi’i dan Hanbali mengatakan bahawa makruh bagi wanita yang cantik atau memiliki daya tarikan, baik wanita muda atau tua, untuk pergi ke masjid solat berjemaah bersama-sama kaum lelaki. Hal ini kerana mereka sendiri adalah sumber fitnah dan lebih baik dia solat di rumahnya.

      Abu Hanifah mengatakan bahawa makruh bagi seorang wanita yang masih muda menghadiri solat berjemaah (masjid) secara mutlak kerana takutkan fitnah. Manakala mazhab dalam kalangan para ulama mutakhir menyatakan makruh wanita menghadiri solat jemaah walaupun solat Jumaat secara mutlak, walaupun ia seorang wanita tua. Ini berikutan rosaknya zaman dan jelas kefasikannya.
      Kebanyakan ulama berpendapat bahawa solat di rumah adalah lebih afdal bagi wanita berbanding di masjid sepertimana yang disabdakan Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Dan rumah kediaman mereka adalah lebih baik bagi mereka.”

      Ada kalangan ulama yang mengatakan bahawa jika wanita solat di dalam bilik tidurnya, maka bertambahlah sifat malunya.

      Syarat-Syarat ke Masjid

      Pada dasarnya tiada tegahan mutlak untuk menghadiri ke aktiviti masjid terutama solat, namun dengan beberapa syarat.
      Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seorang wanita yang sudah tua pergi ke masjid untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak kerana nafsu syahwat yang boleh menimbulkan fitnah adalah pada waktu-waktu selain itu. Orang fasiq tidur pada waktu subuh dan isyak dan mereka sibuk dengan makan pada waktu maghrib.
      Manakala para ulama Syafi’i dan Imam Hanbali berpendapat bahawa dibolehkan bagi para wanita yang tidak menarik untuk pergi ke masjid jika dia tidak mengenakan wangi-wangian dengan syarat mendapat keizinan suami masing-masing.

      Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid namun (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik.”

      Dalam hadis lain disebut: “Apabila para wanita kamu meminta izin pada waktu malam untuk ke masjid, maka izinkanlah mereka.” (Riwayat al-Jama’ah kecuali Ibn Majah). laitu jika dipastikan aman daripada kerosakan (fitnah).

      Ummu Salamah r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik tempat solat bagi wanita adalah di dalam rumahnya.” (Riwayat Ahmad, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu)
      Rujukan:Ustaz Fadzli Al-Yamani. Mahalah Solusi Isu No 22 MS 38
      Wallahualam.

      Tuesday, August 2, 2011

      Kurma – superfood dalam Al-Quran

      Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifiknya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.

      Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
      Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)


      Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.


      Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:


      Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim:no 3813)


      Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.


      Kandungan Nutrien Kurma

      Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.


      Khasiat Kurma
      Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.


      1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit
      Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.

      Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”


      1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik
      Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
      mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.


      1.2.3 Memudahkan proses bersalin
      Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.

      Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.


      1.2.4 Memudahkan proses pencernaan
      Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalambadan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ‘al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.


      1.2.5 Kurma menenangkan perasaan
      Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.

      Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
      diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

      Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.


      1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir
      Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.
      Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah).

      Monday, August 1, 2011

      Lawak KFC Pendang

      Photobucket
      cashier : assalamualaikum pakcik..
      pakcik : walekumsalam..err.err.
      cashier : makan sini ka bawa balik?
      pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
      cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
      pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
      cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
      pakcik : yang setsi ada tak??
      cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
      pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
      cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
      pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
      cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
      pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
      cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
      pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
      cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
      pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
      cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
      pakcik : huu?natang apa tu?
      cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
      pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
      cashier : err…ok ok..(segan layan)
      cashier : semua sekali RM 34.50..
      pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
      cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
      pakcik : tak kelapaq mai dah..

      Hhuuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

      Sunday, July 31, 2011

      Selamat Menyambut Ramadhan 1432

       

      Allhamdullilah kita masih disempatkan lagi untuk melaksanakan puasa Ramadhan tahun ini
      dan tak terasa beberapa jam lagi kita akan melaksanakan kewajipan berpuasa
      di bulan suci ramadhan semoga kita dapat mencapai hari kemenangan.

      Selamat Menjalankan Ibadat Puasa Ramadhan,
      Mohon Maaf zahir batin atas segala kesalahan yang saya lakukan
      Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
      Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf
      Zahir & Batin atas kesalahan,
      “Marhaban Ya Ramadhan”
      Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
      Semoga kita selalu diberkati di bulan yang penuh mahrifah
      AlLahumma barikLanaa fi-sya’bana wa balLighna ramadhanaa TaqabbalalLahu minna wa minkum,Minna wa minkum ya kariim.

      Saturday, July 30, 2011

      lawak Ajoi

      Ajoi jual Mercun
      Macam biasa, untuk cari duit raya lebih Ajoi selalu bisnes kecil-kecilan.
      Malangnya Ajoi tertangkap oleh kastam di sempadan semasa hendak menyeludup mercun masuk ke Malaysia.
      Pegawai Kastam: “Apa yang kau bawa ni?”
      Ajoi : “Errr… makanan ayam” (macam biasa dengan selamba)
      Maka dibukalah barang-barang tersebut dan dia temuilah sejumlah mercun dalam beg Ajoi.
      Kastam :“ini yang awak kata makanan ayam..?”
      Ajoi : “Betul encik…! saya suka memberi makan ayam saya dengan barang-barang ini, nanti kalau ayam saya tidak mahu memakannya barulah saya ambil.”


      Ajoi, Sumardi Dan Harimau
      Ajoi dan Sumardi masuk ke hutan untuk memancing. Malangnya pada tengah hari tu. diaorang berjumpa dengan seekor harimau.
      Sumardi : “rilek-rilek Joi….Berdasarkan buku yang aku baca, kalau kita tidak bergerak, harimau tu tak akan mengganggu dan segera meninggalkan tempat ini.”
      Ajoi menjawab: “Adakah singa itu juga membaca buku yang ko baca?”


      Ajoi Pakar Rumahtangga
      Sumardi minta nasihat Ajoi yang lebih pengalaman kerana dia nak berkahwin lepas raya ni.
      “Pada tahun pertama pernikahan, suami berbicara dan isteri yang mendengarnya.
      Pada tahun kedua, isteri berbicara dan suami yang mendengarkan.
      Pada tahun ketiga, keduanya berbicara, dan jiran yang mendengarkannya”

      Friday, July 29, 2011

      Perut Pemimpin Yang Kita Cari

      Bukan kisah perut buncit tak buncit VCD lucah politik tu. Kisah ini mungkin anda biasa dengar, saja nak tekan F5 sempena hari Jumaat.
      Suatu ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjamaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.
      Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau yang serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

      “Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?” .”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.
      Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” beliau rasakan sudah tidak cukup lagi, Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.
      “Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”
      Beliau menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”
      Beliau mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”
      Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat beliau terdiam seketika ,ada yang ,menangis teresak terharu.
      Mahasuci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.

      Siapa Lebih Tinggi?


      *Sekadar hiasan.

      Sambil melepak, Ajoi dan Sumardi berborak pasal politik. Dah isu politik ada isu hangat setiap hari di media elektronik,cetak dan digital kan.

      Ajoi : “PM dan Wakil PM, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
      Sumardi: “PM la Joi!!!”
      Ajoi : “Menteri dan Wakil Menteri, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
      Sumardi: “Confirm Menteri, bro!!”
      AJoi: “Penghulu dan Wakil Penghulu, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
      Sumardi: “Penghulu!!”

      Ajoi : “Ok kalau gitu….Rakyat dan Wakil Rakyat, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
      Sumardi: “hmmm.. sepatutnya Rakyat lebih dihormati.. camner boleh terbalik lak ni?

      Thursday, July 28, 2011

      Falsafah buah-buahan




      Jadilah seperti buah jagung, jangan jadi seperti buah gajus.
      Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
      Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya. 


        Jadilah seperti Pokok pisang
        Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
        Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.







          Jadilah seperti buah durian , jangan jadi seperti buah kedondong.Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
          Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

            Jadilah ubi kayu.Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
            Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
               
              Jadilah seperti setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
              Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
              Maksudnya : Selalu bersikap adil.
                 







                Jadilah cili
                Semakin tua semakin pedas.
                Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.