Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432

 

Allhamdullilah kita masih disempatkan lagi untuk melaksanakan puasa Ramadhan tahun ini
dan tak terasa beberapa jam lagi kita akan melaksanakan kewajipan berpuasa
di bulan suci ramadhan semoga kita dapat mencapai hari kemenangan.

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa Ramadhan,
Mohon Maaf zahir batin atas segala kesalahan yang saya lakukan
Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf
Zahir & Batin atas kesalahan,
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkati di bulan yang penuh mahrifah
AlLahumma barikLanaa fi-sya’bana wa balLighna ramadhanaa TaqabbalalLahu minna wa minkum,Minna wa minkum ya kariim.

Saturday, July 30, 2011

lawak Ajoi

Ajoi jual Mercun
Macam biasa, untuk cari duit raya lebih Ajoi selalu bisnes kecil-kecilan.
Malangnya Ajoi tertangkap oleh kastam di sempadan semasa hendak menyeludup mercun masuk ke Malaysia.
Pegawai Kastam: “Apa yang kau bawa ni?”
Ajoi : “Errr… makanan ayam” (macam biasa dengan selamba)
Maka dibukalah barang-barang tersebut dan dia temuilah sejumlah mercun dalam beg Ajoi.
Kastam :“ini yang awak kata makanan ayam..?”
Ajoi : “Betul encik…! saya suka memberi makan ayam saya dengan barang-barang ini, nanti kalau ayam saya tidak mahu memakannya barulah saya ambil.”


Ajoi, Sumardi Dan Harimau
Ajoi dan Sumardi masuk ke hutan untuk memancing. Malangnya pada tengah hari tu. diaorang berjumpa dengan seekor harimau.
Sumardi : “rilek-rilek Joi….Berdasarkan buku yang aku baca, kalau kita tidak bergerak, harimau tu tak akan mengganggu dan segera meninggalkan tempat ini.”
Ajoi menjawab: “Adakah singa itu juga membaca buku yang ko baca?”


Ajoi Pakar Rumahtangga
Sumardi minta nasihat Ajoi yang lebih pengalaman kerana dia nak berkahwin lepas raya ni.
“Pada tahun pertama pernikahan, suami berbicara dan isteri yang mendengarnya.
Pada tahun kedua, isteri berbicara dan suami yang mendengarkan.
Pada tahun ketiga, keduanya berbicara, dan jiran yang mendengarkannya”

Friday, July 29, 2011

Perut Pemimpin Yang Kita Cari

Bukan kisah perut buncit tak buncit VCD lucah politik tu. Kisah ini mungkin anda biasa dengar, saja nak tekan F5 sempena hari Jumaat.
Suatu ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjamaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.
Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau yang serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?” .”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.
Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” beliau rasakan sudah tidak cukup lagi, Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.
“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”
Beliau menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”
Beliau mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”
Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat beliau terdiam seketika ,ada yang ,menangis teresak terharu.
Mahasuci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.

Siapa Lebih Tinggi?


*Sekadar hiasan.

Sambil melepak, Ajoi dan Sumardi berborak pasal politik. Dah isu politik ada isu hangat setiap hari di media elektronik,cetak dan digital kan.

Ajoi : “PM dan Wakil PM, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
Sumardi: “PM la Joi!!!”
Ajoi : “Menteri dan Wakil Menteri, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
Sumardi: “Confirm Menteri, bro!!”
AJoi: “Penghulu dan Wakil Penghulu, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
Sumardi: “Penghulu!!”

Ajoi : “Ok kalau gitu….Rakyat dan Wakil Rakyat, manakah yang lebih tinggi dan harus dihormati?”
Sumardi: “hmmm.. sepatutnya Rakyat lebih dihormati.. camner boleh terbalik lak ni?

Thursday, July 28, 2011

Falsafah buah-buahan




Jadilah seperti buah jagung, jangan jadi seperti buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya. 


    Jadilah seperti Pokok pisang
    Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
    Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.







      Jadilah seperti buah durian , jangan jadi seperti buah kedondong.Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
      Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

        Jadilah ubi kayu.Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
        Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
           
          Jadilah seperti setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
          Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
          Maksudnya : Selalu bersikap adil.
             







            Jadilah cili
            Semakin tua semakin pedas.
            Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.

              Tuesday, July 26, 2011

              My Dinner

              just nak share dinner saya...

               mulakan dengan buah dulu, hehehe..
              rojak buah (mangga + jambu mawar)
              suddenly ja rasa nak makan masak lemak bayam, jarang la saya masak 'masak lemak' ni, kurang gemar and tak suka sangat masak masakan bersantan, renyah.. ntah kenapa hari ni kepelikan sangat, layan aja lah..
              masak lemak bayam
              ayam masak paprik

              resepi: goggle ja lah, banyak kat internet tu, lebih kurang ja cara and bahan-bahannya

              Monday, July 25, 2011

              Sedikit Khabar Dari Neraka

              NERAKA dalam bahasa arab disebut AN-NAR, secara bahasa bererti “api”. Lafaz an-naar banyak disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang bererti api neraka. diantaranya ialah dalam ayat 

              ” Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), “Rasailah azab yang membakar ini”.
              (Surah Al-Hajj : 19-22)

              -LUAS DAN KEDALAMAN NERAKA
              untuk mendapatkan gambaran mengenai betapa dalamnya neraka, perhatian hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a berikut ini:
              “ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suaru benda yang jatuh. Lalu nabi SAW bertanya : tahukah kalian suara apa ini? Kami menjawab : ALLAH dan RasulNYA yang lebih tahu. Nabi SAW bersabda : Ini adalah suara jatuhnya batu yang dilemparkan ke dalam neraka selama 70 tahun silam, dan sekarang baru jatuh didalam neraka” (HR. Muslim)

              1. WAJAH HITAM PEKAT HANGUS TERBAKAR
              ALLAH berfirman
              ” Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (Surah Yunus : 27)

              “Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Surah Al-Kahfi : 29)

              “pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu”. (Surah Ali-Imran : 106)

              2. KULITNYA MATANG DAN MENCAIR
              api neraka itu membakar kulit para penghuni neraka hingga matang dan hancur. Lalu ALLAH mengganti kulit mereka dengan kulit yang lain untuk dibakar lagi, begitu seterusnya.
              “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-nisa’:56)

              3. HATI DAN ORGAN TUBUH DALAM TERBAKAR, USUS-USUS TERBURAI
              tubuh penghuni neraka yang terbakar itu tidak hanya organ luar, tetapi semua organ dalampun ikut terbakar
              “sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. (Surah Al-Humazah : 4-7)

              semua permintaan dan permohonan para penghuni neraka kepada ALLAH SWT ditolakNYA dengan tegas yang justru menambah kepedihan siksa mereka, sebagai mana firman ALLAH
              “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat.Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.
              Allah berfirman: “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. (Surah Al-Mu’minun :106-108)

              4. PENGHUNI NERAKA YANG PALING RINGAN SIKSANYA
              diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib, ia bertanya kepada Rasulullah SAW : ” ya Rasulullah apakah engkau memberikan suatu manfaat kepada Abu Thalib(bapa saudara Baginda), dia telah memelihara engkau, tapi juga memarahimu ( tidak beriman kepadamu). ” Nabi SAW bersabda ” Ya dia berada didalam siksaan yang paling ringan dari api neraka (api neraka membakarnya sampai pada kedua mata kakinya). andaikan tidak kerana saya, maka ia akan disiksa didalam jurang neraka yang paling dalam (dikerak neraka) (HR. Muslim)

              Rasulullah SAW bersabda : “Seringan-ringannya siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai tetangganya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. Gigi gerahamnya menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.


              Sunday, July 24, 2011

              Mencari jati diri

              Just for fun, mencari jati diri melalui cara korek hidung

              1. Orang yang mencintai kebersihan: orang yang selepas korek hidung terus mencuci tangannya.
              2. Orang murah hati: orang yang rela dikorek hidungnya oleh orang lain.
              3. Orang sengal: Orang yang tidak tahu cara korek hidung.
              4. Orang bijaksana: Orang yang tahu bila dia harus korek hidung.
              5. Orang kasar: Orang yang kalau korek hidung seluruh jari telunjuknya masuk semua.
              6. Orang yang sadis: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijentik kepada orang lain.
              7. Orang yang nak cepat: Orang yang kalau korek hidung kurang dari 2 saat.
              8. Orang yang serakah: Orang yang korek hidung tidak cukup dengan satu jari.
              9. Orang yang strategik: Orang yang korek hidung sambil memusing badannya dan membongkok.
              10. Orang yang perasa: Orang yang kalau habis korek hidung kemudian jarinya dijilat.
              11. Orang yang sensual: Orang yang korek hidung sambil mendesah.
              12. Orang yang aquatik: Orang yang sebelum korek hidung jarinya dibasahkan terlebih dahulu.
              13. Orang yang pemalu: Orang yang kalau ingin korek hidung lari sejauh 500 meter dari orang ramai.
              14. Orang yang kurang ajar: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di lap pada orang lain
              15. Orang yang berjimat: Orang yang kalau korek hidung hanya satu minggu sekali.
              16. Orang yang misteri: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di letakkan di sekelilingnya kemudian pergi diam-diam bagaikan angin.
              17. Orang yang sopan: Orang yang meminta izin ke belakang jika ingin korek hidung.
              18. Orang yang porno: Orang yang korek hidung sambil membayangkan yang bukan-bukan.
              19. Orang yang perlu perhatian: Orang yang kalau korek hidung sambil menjerit-jerit.
              20. Orang yang cinta seni: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijadikan arca.
              21. Orang yang pengotor: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di sapu ke lengan bajunya.
              22. Orang yang tidak berperikemanusiaan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya diletakkan dalam makanan atau minuman orang sekitarnya.
              23. Orang yang atletis: Orang yang sebelum korek hidung melakukan ‘warm up”.
              24. Orang yang kekanak-kanakan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dibuat main lekat-lekat macam chewing gum.
              25. Orang yang mencari jati diri: Orang yang sedang membaca tulisan ini.

              Saturday, July 23, 2011

              Jangan Mengalah


              Ingatkah anda ketika baru pertama kali memasuki alam sekolah?!
              Di hari pertama, berbagai perasaan bergelut di dalam benak dan fikiran kita. Antara cita-cita yang menggunung, bercampur dengan rasa cemas akan dunia baru yang akan kita masuki. Perasaan tersebut bertarung di dalam benak fikiran kita. Begitu juga dengan imaginasi keceriaan dunia baru, teman-teman baru, dan bayangan orang-orang asing yang bakal mengelilingi.

              Perasaan yang hampir sama juga melanda perasaan para pencari kerja yang harus melewati temuduga atau para professional yang diminta ‘present’ laporan atau kerja mereka. Itulah hidup, penuh dengan segala macam ujian, cubaan dan tentangan yang kerap dan sentiasa datang tak henti-henti. Hendak tak hendak, suka tidak suka, setiap manusia yang hidup harus menjalaninya. Ini kerana hidup merupakan perjuangan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

              Di negara barat, kita tidak akan menganggap pelik apabila anda mendapati orang-orang yang glamour, yang terkenal dan yang kemuncak karier yang menjulang, mengakhiri hidupnya dengan terjun gaya bebas dari tempat tinggi, mengambil dadah sehinga overdose dan sebagainya.
              Atau di Jepun, negeri yang terkenal dengan semangat hidup yang pantang menyerah. Hingga saat ini masih mencatatkan rekod tertinggi kes bunuh diri yang sebahagian besar adalah para professional muda yang menjadikan kejayaan dan prestasi diatas segalanya. Mereka lebih memilih harakiri daripada menanggung perasaan malu.

              Untuk lebih mengetahui berbagai tipikal orang yang menghadapi cubaan, silahkan kita datang ke hospital.

              Disana kita akan menemui orang yang merintih menahan sakit, kerana tidak ingin segera mati. Kadang-kadang sebahagian dari mereka mencaci Tuhannya atas alasan ketidakadilan. Namun ada juga di antara mereka yang tersenyum, meskipun kanser yang ganas sedang menyerang satu-persatu bahagian dari tubuhnya. Sebahagian dari pesakit tetap tegar, sabar, dan ikhlas menerima cubaan yang datang dari Allah SWT. Mereka tahu bahawa inilah cara Allah SWT menguji makhlukNya. Mungkin juga Allah SWT menjanjikan kehidupan yang jauh lebih istimewa dibandingkan dengan kehidupan di dunia yang sudah semakin tua. atau ini adalah salah satu cara Allah SWT mengampuni dosanya.
              Perhatikanlah firman Allah Taala di dalam Al-Qur’an:
              Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah.Al-Ankabuut : 2). 

              Sahabat,
              Bukankah para Nabi Allah selalu mendapatkan cubaan yang teramat berat sehingga dia boleh menjadi manusia-manusia pilihan di muka bumi ini?
              Lihatlah Adam AS..tercampak dari SurgaNya Allah SWT atas kelalaiannya. Atau, pedihnya penderitaan Ayub A.S atas penyakit yang dideritanya. atau, Nuh A.S yang selalu mendapat cacian dan hinaan dari umatnya. atau Ibrahim A.S yang harus rela menyembelih putera kesayangan yang dia nantikan kehadirannya bertahun-tahun.
              Dan jangan pernah menganggap bahawa, kekayaan yang diberikan kepada Sulaiman A.S bukan merupakan cubaan. Juga kekacakan wajah yang dimiliki Yusuf A.S tidak akan dimintakan bertanggungjawab. Bahkan Rasulullah SAW juga mengalami hinaan, makian dan ancaman bunuh berkali-kali.
              Dunia yang penuh dengan keindahan, juga menyimpan berbagai celah dan lubang ujian dimana setiap manusia yang hidup disitu harus melaluinya. Kelalaian yang menjadi sifat asas manusia, seringkali menyebabkan kita kalah dan tenggelam oleh masalah yang kita hadapi.
              Selalu juga kita temui orang-orang yang menghabiskan waktunya dengan keluhan, sehingga hari-harinya dia selalu merasa menjadi orang yang paling menderita didunia.
              Padahal tidak!!
              Allah SWT tidak akan memberikan cubaan diluar kemampuan hambaNya.
              Lalu, kenapa kita harus takut dengan cubaan?!

              Bukankah Allah Taala berfirman di dalam Al-Qur’an:
              “…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah.Al-Baqarah : 286) 

              Kalau sehingga detik ini kita masih boleh menjalani hidup ini, bererti kita telah mampu untuk melepasi fasa yang sebelumnya. Mungkin kita tidak menyedari, bahawa pada fasa yang sebelumnya kita merasa bahawa itu adalah akhir dari hidup ini. Namun buktinya sekarang kita boleh melupakannya.
              Dan untuk menjadikan diri ini manusia pilihan, kita jangan pernah takut dengan cubaan..
              Wallahualam.

              Thursday, July 21, 2011

              Tiada Rahsia antara kita

              baca lah, lau nak tahu rahsianya!!!


              Selama 8 thn Erina & Johan berhubung melalui internet dan banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan. Selama itu jugalah, gurau senda, gaduh mencemuh, dah sebati dlm diri mereka.

              Erina gadis U yang cantik dan berkulit gebu, berketerampilan metured & tegas. Tak hairanlah ramai yang cuba memikat & pada waktu itulah Johan tlh menjadi Johan di hati Erina.

              Ini kerana Johan juga x kurang hebatnya, dgn tubuh yang tegap, berstail dan cerdik, ramai juga perempuan tergila-gilakannya.

              Akan tetapi Erina mengambil keputusan untk melanjutkan pelajarannya di Nevadalas Vegas, manakala Johan pula terpaksa mengendali syarikat milik arwah bapanya, kerana tertakluk dlm wasiat dan tidak mahu menderhaka, Johan akur dengan semua ketentuannya.

              Kini waktunya telah tiba, Erina kembali ke tanah air.

              Dengan teruja Johan menjemput kekasihnya di airport. Setelah sekian lama tidak bersua muka, bermacam-macam andaian & kemungkinan bermain di kepala kedua mereka. dari jauh Erina melambai dan dgn senyuman di sambut oleh Johan.

              Tanpa berlengah Johan membawa Erina ke hotel untuk berborak-borak di cofee house,


              “Nak makan”, tanya Johan.

              “U order untuk I & I order untuk U “jawap Erina. deal!!! sambil bergurau senda (maklumlah lama x jumpa)

              Pesanan pun tiba. Steak untk Johan dan spagethee untk Erina.

              Sedang mereka asyik bersantap, tiba-tiba…

              ”KTING”

              Sesuatu jatuh dlm pinggan Johan….

              Rupa-rupanya gigi palsu Johan terlepas kerana mengigit steak yang liat.

              Erina tergelak, Johan pula tersipu malu.
              Haha…”akhirnya terbongkar juga rahsia u kan?”.

              Johan membisu kerana tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.


              “Excuse me”, waiter dtg dgn membawa kipas,

              Maaf tuan & puan aircond di cafe house ni tetiba je rosak, tu yang saya bawakan kipas ni untk sementara waktu.

              Johan & Erina menganguk tanda setuju.
              Lalu kipas pun di buka dan tiba-tiba “sweing” rambut Erina terbang.
              yes-yes!

              Johan pun apalagi tergelak besarlah dia.

              “Rupa-rupanya u pun berahsia juga”.


              Wednesday, July 20, 2011

              Yang Harus Diikut

              1. Jika orang buat kita susah, anggaplah itu adalah limpahan rezeki
              2. Mulai hari ini, belajarlah setiap hari menyenangkan hati orang lain.
              3. Jika kamu merasa pahit dalam hidupmu dengan suatu tujuan, itulah bahagia.
              4. Lari dan berlarilah dengan cepat untuk mengejar hari esok.
              5. Setiap hari kamu hendaklah bersyukur dengan apa yang kamu ada hari ini.
              6. Setiap kali ada orang memberi kamu satu, kamu harus memberinya 10x ganda kepadanya.
              7. Nilailah kebaikan orang lain terhadap kamu, tetapi hapuskanlah semua jasa yang pernah kamu berikan kepada orang lain.
              8. Dalam keadaan benar kamu difitnah, dipersalahkan dan dihukum, maka kami akan mendapat pahala.
              9. Dalam keadaan salah kamu dipuji dan dibenarkan, itu sebenarnya hukuman keatas kamu!!
              10. Orang yang benar kita bela, orang yang salah kita beri nasihat
              11. Jika perbuatan kamu benar, kamu difitnah dan dipersalahkan, tetapi kamu menerimanya, maka akan datang rezeki kepadamu yang berlimpah ruah.
              12. Jangan selalu melihat, mengencam kesalahan orang lain, tetapi selalulah melihat kepada diri sendiri, itulah Kebenaran.
              13. Oang yang baikdiajak bergaul, tetapi orang yang jahat dikasihani.
              14. Dua orang saling mengakui kesalahan masing-masing, maka dua orang tersebut akan bersahabat sepanjang masa.
              15. Saling salah menyalahkan, maka akan mengakibatkan putus Hubungan.
              16. Kalau kamu ikhlas menolong orang yang dalam keadaan susah, maka jangan sampai diketahui Bahawa kamu sebagai Penolongnya.
              17. Jangan membicarakan sedikitpun keburukan orang dibelakangnya, sebab kamu akan dinilai buruk oleh si Pendengar.
              18. Kalau kamu mengetahui orang itu berbuat salah, maka teruslah tegur dengan kata-kata yang lemah-lembut sehingga orang itu menjadi lebih Insaf.
              19. Doa dan Sembah – Sujudmu Akan Allah Terima, Apabila Kamu Boleh Sabar dan Menuruti Jalan Yang DiRedhaiNya

              opss..just for fun







              baru ada moodssss!!!
              wakakakaaaa...

              Sunday, July 17, 2011

              Aku Dah Tau

              Satu hari Ajoi dalam kelas semasa dalam makmal kelas kimia. Dia duduk di sebelah murid baru yang baru berpindah ke sekolahnya.. 
              Ajoi: Bro, ko budak baru ker?
              Sumardi: Ha ah.. nama aku Sumardi
              Ajoi: Nama macam jawa jer, ko dari maner?
              Sumardi: Aku jawa Sarawak..
              Ajoi: Sarawak ada jawa ker? Hmm aper-aper la.. cikgu kimia ni orang Sarawak juga tau.
              Sumardi: Oooo.. aku dah tau.
              Ajoi: Nih aku nak bagitau, ko baik-baik dengan Cikgu Kimia ni.. garang nak mampus!
              Sumardi: Oooo.. aku dah tau.
              Ajoi: Kalau salah sikit silap-silap makan penampar.!
              Sumardi: Oooo.. aku dah tau
              Ajoi: Cikgu ni dah la tak baper hensem, naik motor kapcai – sengkek ….!!!
              Sumardi: Oooo.. aku dah tau.
              Ajoi: Masa habis sekolah nanti, kita pedajal dia nak? Aku nak pancitkan tayar motor dia… Eh! Ko daripada tadi asyik jawab tau jer… ko maner tau?
              Sumardi: Aku anak dia!
              Ajoi: Erkk..@#$^^%$$####

              Friday, July 15, 2011

              Ajoi dan Thomas Edison


              Cikgu: ” Ajoi…! cuba kamu jawab, Siapa itu Thomas Edison?”
              Ajoi: ” Tak tau cikgu….”
              Cikgu ( bengang ):” Ajoi!! kamu kenapa ha? Tak belajar ker?
              Ajoi: ” Belajar juga cikgu. Cikgu tau tak siapa itu Sumardi?”
              Cikgu: “Tak tau. Siapa dia?”
              Ajoi: “Tulah cikgu, kita kan punya kenalan masing-masing…”
              Cikgu: “#&$*#$^#)*$#$%”

              Wednesday, July 13, 2011

              asam pedas Ikan pari

              lately.. rasa nak asah balik bakat2 yang ada, and "teringin" nak makan pun satu masalah.. asyik nak makan ja skang.. selera besor..
              alang-alang dah ada pasar malam, singgah la jap cari ikan..kebetulan ada ikan pari.. so on la masak hari ni.. apa-apa pun, layan nikita dulu ya bu'..
              masak ikan pari ni takde la susah sangat kan, tak perlu siang-siang lagi dah..potong ja kecik2 and cuci bersih-bersih, aku rendam ngan air asam jawa dulu coz aku tak boleh makan lau bau hanyir!!! sendiri buat pun tak boleh makan maa lau ada bauuuu...

              bahan-bahanya ialah:
              1. 2 keping ikan pari
              2. 1 kuntum bunga kantan
              3. 1 ikat daun kesum
              4. 10 biji bendi
              5. garam dan gula secukup rasa
              6. lada hitam
              7. 2 biji tomato (saja jer letak)
              8. sedikit minyak utk menumis
              9. air asam jawa

               bahan dikisar
              1. 15 - 20 biji cili kering
              2. 5 ulas bawang merah (nak lg pekat letak lg banyak bawang)
              3. 3 ulas bawang putih
              4. 1 inci hali
              5. sedikit belacan



              jom masak
              1. panaskan minyak, and tumis bahan-bahan yang telah dikisar.. tumis sampai betul2 masak bahan-bahan tu, sampai terpercik kat dapur lah senang cakap.. pastu masukan lada hitam..
              2. masukkan daun kesum, bunga kantan, and ikan.. kacau-kacau sekejap, pastu masukan air asam jawa.. lau nak cair, masuk la banyak2.. asam jawa tu agak2 la ya, jangan masam sangat lak, kot tak boleh nak makan lak kan..
              3. bila dah mendidik lama tu, masukkan bendi and tomato.. tak nak masuk awal2 kot lembik lak kan.. tak sedap la nak makan.. letak garam and gula serasa yang dikehendaki and biarkan mendidih.. siapp.. senang kan.. sesenang A B C..hehehe...
              nyum-nyummm...

              *** asam pedas lagi sedap dimakan selepas 3 - 4 jam selepas dimasak..

                Hadapi dengan senyuman

                @ Kenny Rogers
                Hadapi dengan senyuman
                Semua yang terjadi
                Biar terjadi..
                Hadapi dengan tenang jiwa
                Semua... Kan baik baik saja

                Bila ketetapan tuhan
                Sudah ditetapkan
                Tetaplah sudah ..
                faiz, syuk, jili, alip, sal and nini
                Tak ada yang bisa merubah
                Dan takkan bisa berubah

                Relakanlah saja ini
                Bahwa semua yang terbaik
                Terbaik untuk kita semua
                Menyerahlah untuk menang


                *** entah bila kita akan bersama lagi, doakan semoga saat-saat kita bersama akan kembali semula.. sesungguhnya aku rindu kalian semua!!
                *** semoga persahabatan kita akan kekal abadi.. jauh dimata akan tetapi dekat dihati.. biar ruang memisahkan kita.. namun hati kita semua tetap bersama..


                Saturday, July 9, 2011

                Hadiah Ulang Tahun Untuk Mama

                Suatu pagi pada hari ulang tahunku, kedua anakku meminta aku agar tidak turun dari tempat tidur. Walaupun aku tengah lapo giler,aku tetap berada di tempat tidurku dan mencium bau nasi goreng dan telur dadar dari arah dapur. Aku rasa, pasti diaorang sedang membuatkan aku sarapan dan akan membawa sarapan itu ke bilikku. Perutku semakin berbunyi. Akhirnya anakku memanggilku untuk turun ke dapur. Dan ketika aku turun, aku melihat mereka sudah duduk manis di meja makan. Di depan mereka masing-masing ada piring berisi nasi goreng dan telur dadar yang berukuran besar. Dengan bahagia aku memeluk mereka dan berkata, “Terima kasih ya nak, korang dah buatkan Mama sarapan, mama memang tengah lapo giler ni”

                Dan dengan cepat anakku menjawab….
                “Ohhh … bukan gitu Mama, sebagai kejutan buat Mama…. hari ini kami memasak sarapan kami sendiri!”
                Dan perutku berbunyi lagi…

                Tuesday, July 5, 2011

                masak lemak ketam dengan nenas

                wah3x..tiba2 balik keje terajin lak cik nini ni..so..singgah la sekejap Giant Seksyen 18 tu.. beli barang2 nak masak..hehehe.. masak lemak ketam ngan nenas, teringin ker? actually tak pernah buat pun, tapi belasah aja lah.. rasanya sama ja dengan masak lemak lain..
                balik rumah..layan cite Indon dulu.. itu yg utama, masalah perut letak blakang2 la sikit..NiKIta punya pasal.. layannnn...
                ok lah.. dah habis cite indon.. Jom la masak, hehehe... masak ketam ni senang ja.. main campak2 ja.. tak gitu? ehehe..
                ketam tengah beratur nak masuk periuk
                bahan-bahannya :
                1. ketam 2 ekor (aku sorang ja makan, hahaha)
                2. 1/2 biji nenas (my favorite food)
                3. 2 batang serai
                4. 5 ulas bawang merah
                5. 10 biji cili kering + 5 biji cili padi (baru power pedasnya)
                6. 1 inci kunyit hidup
                7. 1 asam keping
                8. 1/2 kotak santan (aku p nak beli kelapa, dia suh tunggu, tukang parut kelapa takde, nak cepat layan aja santan kotak)
                9. Garam + gula secukup rasa
                ini nenas la..
                mak ckp, lau nak masak lemak sedap, cili kering and bawang tu kena tumbuk.. jangan blend..nanti tak sedap.. abah pun ckp juga, lau biji cili tu hancur skali, lagi sedap.. hurmmm.. aku buat cili pun tak hancur, inikan pula nak biji cili.. tp takpe la kan, mencuba.. aku ala2 wanita melayu terakhir dah hari ni.. biasanya pegang batu lesung tuk ketuk serai ja..tp ini hari arr..utk menumbuk..tak caya aku.. hehe.. tp kan mesti orang rumah bawah bengang ja..sorry la org bawah..skali skala ja..
                pas dah tumbuk bawang merah, cili kering + cili api.. anda masukkan santan tadi and bahan2 yg dah ditumbuk, ala..cam buat masak lemak biasa ja la.. tak susah pun.. pastu anda masuk lah semua bahan2 tadi.. bila santan dah mendidih, masukkan ketam.. buat senang2 ja.. nak makan sendiri ja pun, huhuhu... nenas tu masuk lambat2 sikit la ya, kot lembit sangat.. agak2 5 minit nak tutup api tu, masukkan la nenas tu.. and then....siapppp...

                dah masak pun
                z
                siap utk dimakan

                Monday, July 4, 2011

                Jangan Dengki

                Dosa hasad merupakan dosa yang pertama dilakukan iblis yang enggan tunduk memberi penghormatan kepada Adam A.S sehingga ia dikutuk Allah SWT. Manakala dosa yang pertama muncul di bumi ialah dosa yang dilakukan Qabil kerana hasad dengki kepada saudaranya sendiri yang bernama Habil. Habil dibunuh Qabil yang hasad kerana iri hati kerana korban Habil diterima Allah SWT.

                Di dalam Al-Quran mengisahkan:
                Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).

                Dia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”
                Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”.
                “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam”.
                “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim”.
                Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya.
                Berkata Qabil: “Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini? ” kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal
                (Al-Maidah[5]: 27-31).

                Oleh kerana itu, dalam Surah Al-Falaq [113] ayat 5 Allah S WT memberitahu kita untuk sentiasa memohon perlindungan kepadaNya dari kejahatan orang yang berhasad dengki.

                Friday, July 1, 2011

                cool mannn...

                kereta dibuat dari buluh
                kereta dibuat dari batu-bata
                kereta dibuat dari emas putih
                kereta dibuat dari emas
                kereta dibuat dari kaca
                kereta dibuat dari fabrik