Monday, February 28, 2011

sotong sumbat a.k.a ketupat sotong

nak jadikan cerita, hari ni gatal2 amik cuti, tp tak de benda nak buat..so main masak2 la kat umah..dari semalam teringin nak masak (bkn nak makan) ketupat sotong..dlm peti ais, adanya gula melaka ja..so kuar gie pasar n mydin beli bahan-bahan nak masak..apa lagi, rempittttttt.......
sampai ja umah, bermula lah episod masak-masak di hari cuti...cuci beras pulut, cuci sotong, dan sediakan semua bahan-bahan yg nak masak..
bersihkan sotong sampai "bogel"
selepas cuci beras pulut, rendam seketika
santan yg dah siap..(malass
pencungkil gigi (lau nak jimat, recycle la, hahaha)
gula melaka (versi kelantan) dan daun pandan
semua bahan dan ready, so boleh la sumbatkan beras pulut dalam sotong, hahaha...
dan siap masukkan beras pulut dlm sotong
episod merebus pun bermula, lama jugak la kena tunggu..nak pastikan sotong and beras kat dalam sotong tu betul2 masak...rebus dengan santan tau!!! jangan gunakan api yg besar2 ya...
rebuss!!!
lau dah rasa sotong and beras dah masak, boleh la letak gula melaka...
selepas dimasukkan gula melaka
bila santan dah kering, boleh matikan api dan sedia utk dimakan, nyummm nyummmm...
inilah dia, ketupat sotong saya!!!
lau rasa tak mengeyangkan makan ketupat sotong ja..masak pulut and then makan ngan kuah ketupat sotong tadi..sedap!!!
lau tak percaya, buat la...
pulut + ketupat sotong
alhamdulillah..selesai juga episod masak kali ini..kui 3 ada tapau utk kawan-kawan kat opic..dapatla merasa juga mereka tu..
pada yg nak teringin nak masak sendiri, selamat mencuba ya!!!