Friday, June 24, 2011

jatuh cinta sudah..

keje aku skang makan ja agaknya.. jalan2 cari makan.. kat umah pun makan.. lau tido boleh makan, aku rasa makan lg..huhu..buruk betul perangai ko ya nini.. skang.. aku sudah jatuh cinta ngan makanan dan minuman Pak Hailam Kopitiam.. harga standard kopitiam la kan.. sedapp.. rasanya sudah tiba masa untuk aku melupakan OLD TOWN, hehehe...
sangat suka tree tier Coffee.. and tomyam kat sini.. nasi goreng kampung pun sedap.. lau hari-hari makan pun takpe rasanya..hehe.. melampau betul kan.. lau gaji 10k sebulan tak pe gak.. ini keciput ja..sebulan skali boleh la.. hilang kempunan, huhuhu..

Three Tier Coffee
It's Mine!!! Tom yam Noodle







sotong finger kot namanya..


Thursday, June 23, 2011

restaurant Mukmin (seksyen 19)

keje giler aku and my yayang buat today is having dinner at 23:10 on Thursday..aku balik keje ja yayang p amik kat umah..confirm la baju keje pun tak tukar, hehehe..masam2 pun blasah aja la..nak survey laptop katanya yayang..nak beli Motorala XOOM..macam2 la.. dari SACC sampai la ke Sunway Piramid.. excited cari laptop and Motorola XOOM.. sampai lupa makan..hahaha...
dah siap beli laptop masing-masing baru terasa lapar.. dah tak tahu nak makan kat mana malam2 cam ni, so kami belasah aja.. try pusing-pusing kat area seksyen 19.. so berkenan ngan restaurant Mukmin.. cina muslim.. masuk ja la restaurant tu.. sampai restaurant dah hampir kui 11.. waitress pun cam layan tak nak layan..
peduli lah kat waitress tu..janji perut kenyang..hahaha..order ja la apa yg nak makan..janji kenyang... cepat-cepat amik order..
siakap masam manis
yang tak tahannya sempat bersiakap masam manis lagi..dah tahu malam2 buta,bukan nak order masakan yang cepat-cepat..huishhh..sabor ja la ngan yayang aku nih..sotong butter kat sini very nice!! suka sangat..memandangkan malam ni kami bertemakan seafood..so..semua order makanan laut la..
sotong butter
sup seafood
ehh..lupa lak..kami kan pengamal diet yang seimbang (kui 11 mkn nasi lagi, diet celah mana entah) hahaha..so..tak dilupakan juga kepada sayuran la..kailan just nice..mgkin chef nak cepat,,ikan masin pun dah tak rasa ikan masin..bau2 ja..but..ok la..
kailan ikan masin (my favorite)


yang paling tak tahan lawaknya mlm ni..tengah-tengah makan..adik waitress tu datang kat meja kami.."kak..minta maaf ya..kami nak angkat kerusi atas meja..nak kemas-kemas..boleh ke kak?" lau aku cakap tak boleh..ko tak buat ke? hehe..boleh aja la..salah kami juga..10 minit kedai nak tutup pun masih nak makan..tp tadi dia org cakap nak tunggu..customer last dia org mlm ni, kami la..hehehe.. tak sempat nak lepak-lapak dah..habis makan terus bayar and blah..iya la..dia org pun dah nak balik.. kannn...
alhamdulillah..dah kenyang pun..perut kenyang hati girang..jommm balikkkk...

Tuesday, June 14, 2011

kegilaan Facebook

 hahaha.. rupanya virus yang paling bahaya skang adalah virus FB.. berjangkit kepada sesiapa sahaja, tidak kira umur dan bangsa.. tiada ubat, akan hilang dengan kesedaran and keborinan diri sendiri, huhuhu..
jangan kata orang, aku sendiri sama juga, sampai tak tido malam, nak bercucuk tanam, nak bela ikan..
nak jagan restaurant lagi.. itu masuk bab nak perang2.. dasyat2 FB punya virus..

tuuuu diah.. pak cik kita dah nak berkebun katanya, hampessss tul!!!


Monday, June 13, 2011

Ayat Memujuk Awek

Seman dan aweknya bergayut telefon. Maklumlah org tengah kemaruk bercinta la kan.. Sebenarnya Seman sedang mengayat aweknya yang tengah merajuk. Tapi semasa syok bergayut, awek Seman tiba-tiba meletakkan telefon.
Naper agaknya? Jom kita sekodeng perbualan diaorang..

Awek Seman : “Abang, abang betul ke cinta kan Anja? ”

Seman : “Tentu la sayang..”

Awek Seman :”Apa Buktinya?”

Seman : “Walaupun ada laut terbentang luas diantara kita, abang sanggup renangi untuk sampai ke tempat Anja”

Awek Seman : “Lagi..?”

Seman : “Walaupun beribu-ribu gunung menghalangi kita, abang akan mendakinya untuk terus bersama Anja”

Awek Seman: “Ye ker?”

Seman : “Betul sayang dan WALAUPUN BADAI API MENGELILINGI ANJA, ABANG AKAN MENEROBOSNYA UNTUK MENYELAMATKAN ANJA”

Awek Seman : “Peh Dasyat ni…so, kenapa besday Anja semalam, abang tak datang?”

Seman : “Err semalamkan hujan gerimis, camno nak datang?”

*** hampess nyer pakwe, lau hujan gerimis tak leh datang, nak daki gunung konon, cesss!!!

Tuesday, June 7, 2011

Taufik Dan Dian

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah 
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemuDIAN

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

*** kepada mak-mak diluar sana, agak-agak la nak letak nama anak pun..suka suki dia ja...